Nak marah atau redha??

Punyalah "jammed" jalan bila tiba hari minggu. Kalau boleh, park keta kat satu tempat then jalan kaki je. Dah puas pushing keliling bandar apa lagi balik la.

Alangkah gembira rasa hati bila balik dari pasar terus jumpa "spot" untuk parking keta. Dah siap parking terus angkut barang naik rumah kedai yang disewa bersama family.

OK part yang nak mula saspen, DVD yang dibeli tertinggal dalam drawer keta! Arghh malas nak turun bawah pegi kat keta ambik balik. Ok makan lah dulu..

Alhamdulillah selesai makan aku pun basuh pinggan semua. Dah siap semua, aku tengok abang aku pun dah "ready" nak turun ke gym. Jadi aku pun segeralah turun ke bawah nak ambil DVD kat dalam keta. Abang aku pun muncul selang beberapa minit kemudian.

Kunci keta aku "pass"kan kat dia Dan..jeng jeng jeng! Terdengar suara abang aku memanggil aku dan bertanya, "apahal ni!??".. Aku pun pergi lihat dan alangkah terkejut bila tengok "bumper" depan keta calar dengan cat warna biru.

Hati pun dah cuak sebab masa kat pasar memang park tepi je tunggu ayah aku beli barang. Kalau ada orang langgar pun mesti aku perasan. Dalam hati aku berkata, "tak guna betul orang ni".. Aku yakin keta abang aku calar selepas aku park kat situ dan naik atas tadi.

Abang aku apa lagi, muka dah macam ribut petir nak melanda je. Lepas tu dia pun blah dengan perasaan marah. Aku pun naik atas dan bercerita kat ayah aku. Entahlah nak marah pun susah, benda dah terjadi dan orang yang penyebab pun tak tau sapa. Redha? Hmm memang terpaksa redha je lah. Lain lah kalau tau sapa yang langgar sampai calar. Haish nasib nasib..

2 comments:

Dah baca, feel free to comment !