Oh TM!

Assalamualaikum semua..hmm lama jugak eh aku tak update apa-apa..bukan apa mood tak berapa nak ada..so korang APA khabar?? Tengok kat feed Google plus rata-rata semua shared pasal cabaran 30 hari. By the way apa tu eh? Aku memang had no idea tentang cabaran tu.

Anyway, aku bukan nak cerita tentang tu or bertanya yang lebih lanjut pasal tu tapi...kalau ada yang sudi nak bagi info sedikit pun boleh..dipersilakan sangat-sangat. Hik hik..

Ni haaa aku sering menghadapi masalah berkenaan internet TM yang bernama "streamyx". Aku tak tau la kalau ada ramai jugak daripada korang yang sering menghadapi masalah yang sama..

Bukan sekali dua tau! Tapi berkali-kali..Dari mula aku langgan streamyx package Streamyx-In-A-Box Rm110 per month dan speed internet yang boleh tahan laju untuk single user macam aku iaitu 1mbps ke 4mbps dengan langganan Rm140 per month.. Since 2012 dalam tempoh 2-3 moths sekali aku menghadapi masalah internet.. Solution?? Ye ada technician datang check..but not completely solving my problem..

Sampai ke hari ni 6.9.2014 aku ada problem yang sama yang bermula sejak 2 hari yang lepas..sebelum ni pun berlaku jugak benda yang sama pada bulan 7. Yang lagi menyakitkan hati ada lingkungan jam yang tertentu untuk internet aku broke down.. Seawal 9.30 a.m sampai tengah hari dan kadang-kadang pada sebelah petang.

Ditambah lagi, aku dah buat panggilan 3 hari berturut-turut ke customer service TM dan masa call tu, internet ok pulak..yang lagi kesian masa technician datang rumah, internet dengan laju dan lancar je berfungsi macam biasa..

Jadi aku nak luahkan sikit rasa ketidakpuashatian (betul ke ni??) terhadap TM dan seangkatan dengannya..kalau boleh aku nak lah service tip top dari korang..aku bayar mahal kot.. Aku tak salahkan korang..ye aku ngaku memang aku sakit hati..tapi benda tak dapat nak dielakkan.. Aku harap kalau ada korang yang baca post aku ni kerja Tm..sorry ehh.. Heeee.. Oklah rasanya tu je aku nak luahkan..salam dari seberang..

2 comments:

  1. betul. ada masa line akan jadi sangat lemmmmbab. sabar jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tau, hari ni dah masuk hari ke-4 problem sama je.. Adoii..

      Delete

Dah baca, feel free to comment !