Segmen Ben Ashaari: Impian Ku, Seorang Blogger!


Assalamualaikum korang semua..ha inilah pertama atau julungkali aku join segmen bang @Ben Ashaari (entah ditag ke tak ni nanti, pakai phone ni).. Selama ni aku hanya mengikuti penulisan bang Ben melalui laman muka buku sahaja. Terlebih dahulu, terima kasih buat bang Ben untuk segmen ini. Untuk yang berminat join segmen ni bolehlah rajinkan jari jemari tu click header beliau di atas tu..tuuu yg permulaan entri post aku ni ha.

Latar Belakang Diri Aku

Ok nak cerita sedikit tentang diri aku..nama aku, Muhammad Zaki bin Mohamad seperti korang boleh baca kat dalam blog aku. Aku berasal dari Sibu, Sarawak. Ada 3 orang adik beradik dan tinggal bersama ayah dan adik beradik aku. (Selebihnya aku tinggalkan untuk korang fikir sendiri, hahaha).. Buat masa sekarang aku tak bekerja tapi giat mencari pekerjaan yang baru, dan hasilnya korang boleh rujuk post-post yang lepas.. Heeee.. Last kerja di KL dan lepastu balik Sibu semula terus korbankan masa jaga adik aku. Ok enuf of that..ada soalan lebih nanti tanya. Hehe.

Kelebihan Blog Zaki! Namaku

Seperti yang korang boleh nampak (tak tahu la ada yang tak nampak..heee), blog ini dinamakan sempena nama aku Zaki.. Dulu asalnya blog ini dibuat pada tahun 2012 dan nama blog ini merapu je.. Haha..ok makin matang, aku fikir baik tukar nama. Kelebihan blog aku ni hmmm..takda kelebihan kot.. Maybe bagi aku ada lah..apa yang aku tulis di blog kebanyakkan penulisan dari hati..ada juga aku copy paste dari blog orang lain. Mostly blog aku berbentuk personal..kadang-kadang ada jugak share pasal IT dan makanan! Pada asalnya aku buat blog bukan untuk public tapi dapat inspirasi dari blogger-blogger lain especially bang Ben, aku mula menulis untuk public baca..

Impian Sebagai Blogger

Impian sebagai blogger..hmm asalnya seperti yang aku mentioned kat atas tadi.. Aku berblogging hanya suka-suka dan berbentuk personal untuk aku sendiri baca..now aku rasa nak pergi lebih jauh dalam dunia blogging ni..so impian aku cuma nak kongsi penulisanku dengan rakan blogger yang lain.. Kalau ada rezeki , cuba nak menabung melalui blog..nak juga blog aku ni wujud di mata blogger-blogger yang lain.. Kalau ada rezeki lagi, teringin jugak lah merasa apa yang blogger-blogger lain pernah rasa sejak bergelar blogger umpamanya percutian dan lain-lain..kot ada yang bermurah hati nak sponsor, dipersilakan..heeeee..diharaplah impian ni jadi suatu kenyataan satu hari nanti..dan harap dapat menjalin persahabatan melalui blog ni juga..

Rasanya tu je lah kot.. Btw sapa-sapa yang nak join, due untuk segmen ni sampai jam 8pm malam ni sahaja tau!

11 comments:

  1. Salam perkenalan Zaki! :D

    Rezeki Tuhan tu ada kat mana-mana kan. Moga jalan untuk mencapai impian dalam dunia blog ni dipermudahkan lah ya. Ameen.

    Salam perkenalan daripada saya -- Alieff.
    http://alieff-artwork.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga Alieff.. Betul rezeki ada dimana-mana. Tinggal kita sendiri je fikir mcm mana nak carinya..

      Delete
  2. salam kenal dari segmen..follow you yeahh!^^
    http://www.errakyra.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impianku-seorang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga. Terima kasih sudi follow. Akan difollow balik.

      Delete
  3. Waalaikumussalam. Terima kasih sudi singgah di blog saya. Salam perkenalan juga.

    ReplyDelete
  4. Hai, Ros singgah sini dari segmen yang sama. done follow #64
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  5. Weeee... DayangDeno datang dan terus folo sini no80.^_^ Jom ke blog DayangDeno? :)

    www.dayangdeno.com

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan dari www.hasrulhassan.com

    Semoga dapat berikan yang terbaik di dalam dunia blog Malaysia. Ada banyak cabaran nak berjaya tetapi tidak mustahil untuk dicapai dan digapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga. Memang betul susah, tapi tiada yang mustahil

      Delete

Dah baca, feel free to comment !