10 Days Diet Challenge - Day 1

Assalamualaikum korang. Hehe. Alhamdulillah berjaya jugak menghadapi hari pertama cabaran diet ni walaupun takda mendapat sambutan atau sapa-sapa yang join. Tapi takpa, aku tetap akan teruskan challenge ini. So aku mencuba diet yang dah lama aku nak cuba buat, iaitu General Motors Diet. Nak tahu apa itu GM diet, sila Google. Hiks hiks.



Seperti yang korang lihat dalam gambar di atas, itulah dia makanan untuk aku berdiet hari ni. Cuma buah epal, sebab tadi pergi cari buah tembikai, takda yang dijual separuh-separuh. Aku malas nak beli yang sebiji, jadi aku putuskan beli epal je. Air juga jangan lupa minum banyak-banyak. At least 8 gelas besar untuk satu hari. Lagi banyak lagi bagus.

So itulah dia ye, menu yang memang tak menarik langsung untuk korang. Heeee kalau Atkins diet mungkin korang akan lihat menu-menu yang membuat korang terliur. Ehehehe. Tapi takpa, aku kuatkan semangat dan cekalkan hati untuk cuba kurangkan sebanyak yang mungkin berat badan ni dalam masa 10 hari. Jom berdiet!

No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !