Chocolate Moist Cake - Bake Version

Assalamualaikum dan selamat pagi korang..dah tidur ke belum? Ha kalau belum tidur meh aku kongsikan dengan korang kek coklat yang aku buat tengah malam tadi. Lazat! Gebu, mudah, ringkas dan menjimatkan masa.


Seperti yang korang dapat lihat dalam gambar di atas, itulah bahan-bahan yang aku gunakan. Hanya beberapa bahan yang digunakan. Mudah dan ringkas bukan? So hasilnya tadi korang boleh tengok bawah..


Itulah hasil selama lebih kurang 28 minit berada di dalam oven. Tapi disebabkan terlupa untuk menyimpan sedikit baki coklat untuk topping, maka terhasillah sebiji kek yang hodoh.

Kalau korang berminat nak mencuba resepi kek coklat ini, sila rujuk dibawah..

Bahan-bahan

- Pillsbury Moist Supreme Cake Mix (517g)
- Air (260ml)
- Minyak/mentega (70ml)
- 3 biji telur

Cara-cara membuat

- Panaskan oven yang bersuhu 180c selama 10 minit atau kurang. Gunakan lower heat.

- Masukkan serbuk coklat tadi bersama dengan air dan digaul hingga rata sama ada menggunakan mixer atau secara manual memukul menggunakan tangan. Setelah itu masukkan minyak/mentega dan terakhir sekali telur. Pukul kesemua bahan hingga halus dan rata.

- Kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan bersaiz bulat 9' dan biarkan hingga masak atau selama 28-30 minit. 10 minit terakhir, tukar setting kepada lower + upper heat untuk oven tersebut. 

- Kalau dah masak, rehatkan kek selama 10 minit. Selesai 10 minit bolehlah hidangkan dan makan.


*Ringkas, mudah, lazat*

Cubalah resepi ini. Heee..


No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !