Dia Pengaram Jantung, Dia Juga Migraine Ku!

Assalamualaikum dan selamat malam korang. Ha nampak tak title entri aku pada malam ni? 2 dalam 1 gitu. Dia adalah adik aku yang menjadi teman bergaduh, juga menjadi peneman diri ini kemana-mana saja.



Itulah dia my lil' brother. Rasanya daripada gambar di atas, korang boleh perasan kot, yang dia bukanlah normal seperti kanak-kanak yang lain, atau boleh aku kata, bukan seperti remaja yang lain. Usianya sudah mencecah 14 tahun, namun pemikiran dan cara dia berfikir seperti seorang budak yang berusia 6-7 tahun.

Aku tak menganggap ia sebagai nasib malang kerana mempunyai seorang adik yang OKU @ Down's Syndrome. Sebaliknya bersyukur kerana dengan menjaga dia, aku mengenal erti kehidupan, kesusahan dan kesabaran. Bukan itu sahaja, aku juga belajar, yang hidup bukanlah semata-semata nak sibuk memikirkan apa yang orang fikirkan tentang diri kita. Ya, aku berkata demikian kerana hidup kita haruslah ceria bukannya sentiasa bermasam muka memikirkan masalah.

Cabaran menjaga golongan istimewa ni memang besar dan berat. Tapi, aku anggap ia sebagai sesuatu yang lebih mematangkan aku dan juga sebagai sesuatu pengajaran bahawa kita harus menghargai setiap orang tak kira cacat atau sempurna kerana aku yakin dan pasti dan sekeras-kerasnya bersetuju dengan pendapat aku sendiri yang setiap orang layak untuk disayangi dan diberi kasih sayang.



Ini semasa dia sakit gigi. Ya Allah, memang sedih dan kesian tengok dia menahan sakit tu. Dugaan betul-betul sebab gigi dia tak boleh dicabut lagi, sebab dulu masa kecik dia pernah dicabut semua gigi dan dibagi ubat bius dengan dos yang agak banyak. Jadi untuk cabut gigi, bukannya seperti orang biasa, dia kena operate dan harus dibius. Jika dibius lagi, kemungkinan untuk dia sedar atau koma terus adalah 50-50. Dugaan yang berat. Namun, aku gigihkan dan usahakan membawa dia ke klinik dan meminta antibiotik untuk dia dan merujuk pakar gigi dia kerana dulu dia ada komplikasi jantung berlubang. Alhamdulillah berkat usaha, sembuh juga, gembira tengok senyuman diwajahnya semula.



Nah bila dah sembuh macam ni la gelagatnya. Mula bikin aku sakit kepala, mula membuat diriku membebel umpama mak nenek. Haih tapi dialah pengaram jantung pisang aku dan tanpa dia, suasana di rumah takkan "happening".

*duckface untuk korang* muahahaha.

#life is easy, keep it simple
#everyone deserves to be loved

No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !