Hindari Perkauman

Assalamualaikum. Selamat petang semua. Hurmm nak tanya korang lah kan. Tapi sebelum tu, aku minta maaf terlebih dahulu andai entri ni secara tak sengaja akan membuat siapa-siapa terasa dan entri ni takda kena mengena dengan siapa-siapa pun. Cuma aku hairan dan selama ni aku jarang nak tanya isu ni secara public. Memang di "sana" masyarakat hidup berpuak-puak ke? Contohnya, C tak suka M, M pulak tak suka C dan seumpamanya. Maaflah sebab di tempat aku, Borneo tiada istilah dan perbezaan kaum atau agama.



Sekali lagi, aku mohon maaf andai ada yang tak suka dengan entri aku ni. Bukan apa, di tempat aku di Borneo ni, isu perkauman dan agama tak pernah wujud. Kami siap boleh duduk semeja makan dan minum, even masjid dan gereja dibina bersebelahan. Tapi yang dapat aku lihat, di "sana" seolah-olah ada batas tersendiri. Atau hanya silap aku yang membuat andaian kosong sahaja? Atau memang betul? Atau hanya sesetengah begitu?

Kenapa harus wujud isu-isu seperti ini? Bukankah hidup bersama-sama dalam satu kelompok masyarakat yang berbilang agama dan bangsa lebih baik daripada perkauman? Boleh tahu pendapat korang mengenai isu ni?

Sekali lagi, maaf ye. Tiada niat untuk menyakiti hati siapa-siapa dengan entri ini. Yelah, daripada tertanya-tanya, baik aku tanya terus kan? Anyway, kalau ada nak tegur apa-apa, aku harap bukanlah cacian, makian dan hinaan dilemparkan. Tegur elok-elok keh.

~Life is easy, keep it simple~
ㄟ( ̄▽ ̄ㄟ)

4 comments:

  1. tusebab wa suka daerah borneo sana, walaupun kena hina, tapi korang layan orang sama rata, takde isu perkauman atau agama.... #respect :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks babe.. itu lah yang wa hairan, kenapa perlu isu macam tu timbul? Haih tak faham.

      Delete
  2. Dalam AL-QURAN pun ada sebut suruh kita hidup saling kenal mengenali antara satu sama lain.. Saya pun tak suka perkauman..saya Melayu..tapi client sye terdiri dari pelbagai bangsa dan agama..Cina,Melayu ,India..mereka semua memang baik.. Hidup sesama bangsa pun kekadang boleh bergaduh juga ...so kena tolak isu perkauman nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BEtul tu, tak mendatangkan faedah langsung. Sebab saya sendiri pernah pergi kL dan bekerja, saya dapat lihat memang betul.. Cina with Cina, Malay with Malay dan likewise. Lagi best apa dapat kawan pelbagai bangsa dan agama..

      Delete

Dah baca, feel free to comment !