Nyaris Kemalangan

Assalamualaikum dan selamat pagi Zaki-ians.. oops terlebih sudah. Hah gurau je jangan nak emo sangat keh. Korang-korang yang belum tidur tu meh aku nak cerita sikit al-kisah yang terjadi kat aku siang hari tadi..nyaris-nyaris terlibat dalam kemalangan! Pergghhh lutut ni dah vibrate macam handphone je. Cuak, takut, marah semua ada.

Ok cerita dia macam ni (korang imagine je lah eh), aku on the way nak turun ke pasar menuju ke bank BSN. Sampai di satu jalan di mana terdapat selekoh dan selepas selekoh ada lampu isyarat. Si pemandu Viva ni guna lane sebelah kiri iaitu lane paling tepi, aku pulak lane tengah-tengah.

Lepas je dari selekoh masing-masing ikut way sendiri lah kan, entah kenapa masa aku berada di hadapan dia sedikit (dia lane sebelah), menuju ke lampu isyarat , boleh pulak si pemandu Viva ni nak overtake masuk ke lane aku. Nasib baik aku perasan dan cepat bertindak dengan memaut stering kereta ke kanan. Kalau tak, memang dah merempuh pintu belah penumpang tempat adik aku duduk.

Alhamdulillah tak jadi apa-apa. Syukur. Kalau eksiden pun, balai polis lepas lampu isyarat je. Tapi apa pun, kalau boleh aku pun tak nak terlibat dalam kes-kes eksiden bagai ni. Mintak dijauhkan. Ameen. Tapi kalau dah nasib nak buat macam mana kan? Disini aku mengambil kesempatan nak bagi tahu korang, masa driving tu hati-hati. Jangan gelojoh jangan nak tunjuk hebat. Peka dengan surrounding. Mesti sentiasa alert ok? Sama-sama kita menjadi pengguna jalan raya yang berhemah!

2 comments:

  1. syukur takde pape... ish...
    hati2 beb !! kang wa takde geng gosip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ah syukur alhamdulillah takda apa-apa.. pemandu viva tu buat bodo je tanpa rasa bersalah langsung. Wa menyempat tengok cermin pandang belakang nampak muka dia yang macam takda apa-apa berlaku. Grrr

      Delete

Dah baca, feel free to comment !