October 10 Days Challenge - Day 9

Day 9 - 10 Things You Want To Do

Assalamualaikum semua. Selamat tengah hari dan selamat berhujung minggu. So hari ni agak free sedikit memandangkan giveaway pertama aku telah tamat. So sama seperti entri-entri yang lain, berkenaan challenge ni, aku akan cuba jawab seSIMPLE yang mungkin. Hehe.Berbicara tentang benda yang ingin aku lakukan ada banyak sebenarnya. Tapi, aku cubalah jawab sebanyak yang mungkin ye. Yang pertama aku ingin lakukan adalah, belajar bermain piano. Aku memang minat sangat instrumen piano ni cuma nak belajar dan menghadiri kelas piano ni, belum mampu even it's affordable.

Then aku nak membina rumah di atas pokok! Fuh bayangkan korang berada di atas pepohon pokok yang tinggi, melihat pemandangan yang cantik ( ada ke?). *terpengaruh dengan tv show Tree House*.

Then, aku juga teringin nak belayar di atas kapal yang mewah! (angan-angan mat jenin dulu!). Tengok dalam tv selalu, macam best je belayar atass kapal "cruise" kan? One fine day, aku pulak akan belayar di atas kapal besar macam tu, ameen!

Berbalik ke zaman kanak-kanak, ada benda yang aku tak jemu nak buat, mandi sungai/air terjun. Dulu masa kecik-kecik memang suka berenang, dah besar ni jejak ke dalam air dalam pun aku rasa fobia! Ada lah al kisahnya! Haha.

Pastu teringin lah jugak nak belajar bermain luncur ais. Tapi semua ni memang memerlukan kaching kaching sebab kat negara kita mana ada salji kan? So kenalah kita pergi ke oversea untuk merasa semua tu!

Kalau nak diikutkan, meluncur ombak di Hawaii juga menjadi salah satu yang aku ingin lakukan. Tapi tiba-tiba terfikir kejap, ombak di sana besar, air pun dalam! Memang aku tak lah kan! Tapi memang teringin nak lakukan! LOL!

Lepas tu, yang paling aku minat nak lakukan adalah, memasak untuk ramai orang! hahaha! Ye aku minat masak, so apa salahnya aku masak untuk orang lain merasa kan? Kalau orang happy makan masakan aku, aku pun happy..

Then, aku nak buat perkara yang mententeramkan jiwa. Membaca buku di bawah pepohon kayu yang besar dan redup ( macam dalam gambar hiasan Google pulak). Ye aku pun suka membaca, cuma tak sekerap dan tak seobses ulat-ulat buku.

Pastu, aku nak menikmati pemandangan waktu senja yang sangat cantik. Tapi ada ke tempat-tempat yang menarik untuk aktiviti seumpama itu? Hehe

Lastly, aku nak kurus! Kurus kurus kurus! Dah jemu gemok, now masa untuk kurus. Aku dulunya kurus, tapi haih tiba-tiba gemok pulak. Teringin nak pakai baju-baju lama yang saiz lebih kecik. Sayang je baju-baju tu tak dipakai.

So itulah dia perkara-perkara yang aku ingin lakukan. Korang pulak?

No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !