Ambik Darah

Assalamualaikum semua. Hurmm pagi ni Zaki agak sibuk. Mula-mula kena hantar ayah pergi kerja then terus pecut ke hospital bawak si pengaram jantung ambik darah. Nasib baik masa sampai tak banyak orang. Cari parking pun dalam 10 minit baru jumpa.



Pertama kali dicucuk, langsung takda darah yang keluar. Urat memang nampak, tapi darah tak keluar. Cucuk kali kedua, pun sama jugak. Adeh kesian pulak tengok si pengaram jantung dikerjakan. Nasib baik mereka tak kasar. Habis tangan kanan budak kecik ni.


Last-last cucuk sebelah kiri baru dapat keluar darah. Lancar je, sekali tarik je terus berdesup darah "berlari keluar". Kahkah. Maka dengan itu, hari ni budak kecik pengaram jantung dicucuk 3 kali. Nasib la dia ambik darah 6 bulan sekali. Kalau tak, mahu lebam-lebam tangan dicucuk. Budak kecik pengaram jantung pun tak buat perangai, diam je tak bising tak goyang sini goyang sana.


No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !