Program Latihan Khidmat Negara

 

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Hmm kebanyakan yang dapat panggilan untuk menyertai PLKN atau Program Latihan Khidmat Negara, pelbagai reaksi kita dapat tengok. Ada yang sedih, ada yang muram, ada yang gembira dan ada juga yang biasa saja.

Disini, bukanlah Zaki yang nak masuk PLKN kali ni, tapi cuma nak mengimbau kembali kenangan pertama kali dapat tahu yang Zaki terpilih untuk PLKN Kumpulan 1, siri 5, 2008. Memang bulan November ni bulan untuk menyemak sama ada terpilih atau tak untuk PLKN.

Kalau dulu, masa pertama kali mendapat tahu yang Zaki terpilih, memang pelbagai perasaan wujud. Yang paling kuat, perasaan sedih sebab terpaksa meninggalkan keluarga dan kawan-kawan untuk 3 bulan.

Namun segala pandangan dan pemikiran Zaki tentang apa yang bakal Zaki alami semasa di dalam kem adalah jauh berbeza. Pengalaman yang tak mungkin korang dapat rasai di luar sana. Yang paling penting, PLKN adalah satu program yang dapat mengubah diri dan disiplin seseorang itu.

Banyak yang dapat korang pelajari disana, termasuk character building. Menyelami diri sendiri dan mengenali siapa diri korang sebenarnya. Disana, Zaki telah berubah secara drastik menjadi seorang yang lebih matang dari segi pemikiran walaupun hakikatnya Zaki teringin nak jadi kanak-kanak sentiasa (sebab tu perangai macam budak-budak).

Banyak lagi pengalaman sebenarnya, tapi sampai disini saja dulu kot. But anyway, yang pasti, semasa hari terakhir memang tears everywhere lah. Termasuk budak-budak lelaki yang nakal pun menangis jugak taknak tinggalkan kawan-kawan. 

No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !