Dapatkan Trafik Ke Blog Dengan KakiPing!

Bagi setiap blogger, harapan yang tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapat kunjungan yang ramai ke blog anda sendiri. Saya sendiri juga tidak terkecuali. Sebagai blogger baru yang baru bergiat aktif dalam blogging, sudah tentu saya juga menginginkan kunjungan trafik yang banyak ke blog saya. Mungkin ramai daripada anda diluar sana yang sering mencari alternatif untuk menaikkan trafik blog anda tapi akhirnya, hanya secebis sahaja yang datang berkunjung. Tetapi berlainan pula dengan blogger yang sudah menempa nama dalam dunia blogging dimana rata-rata semua sudah mengenali mereka dan juga blog mereka.

Namun sekarang ia bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Seperti perumpamaan "segalanya dihujung jari". Ya betul hanya dihujung jari! Bagi mereka yang belum mengetahui tentang KakiPing.com ini, anda bolehlah rujuk di SINI dan juga boleh anda lihat seperti dibawah.


KakiPing merupakan satu agregator yang baru untuk blogger seperti anda menaikkan trafik blog anda dan bukan itu sahaja, anda juga boleh PING artikel/entri anda secara terus ke laman web KakiPing. Dengan kelebihan itu secara tidak langsung sudah pasti ramai orang yang berkunjung ke laman web mereka turut membaca artikel/entri daripada blog anda. Sertailah sekarang sama ada melalui mendaftar KakiPing melalui Facebook atau melalui alamat email anda. 



Juga bukan itu sahaja, juga terdapat widget dimana anda boleh berkongsi trafik dan juga sekiranya artikel/entri blog anda menjadi pilihan, pihak KakiPing akan meletakkan list blog anda di laman web mereka. Bukankah ianya suatu yang hebat dan menarik? Jadi daftarlah sekarang di KakiPing.com secara percuma.

Daftar disini :- http://www.kakiping.com/




3 comments:

  1. cemana nak instal widget tu kat wordpress blog ya?...
    saya blogger baru.. harap mintak tunjuk ajar :)
    www.cantikdansihat.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula anda haruslah mendaftar di laman web KakiPing terlebih dahulu sama ada dengan cara Log in Ke Facebook atau daftar melalui email. Bila dah siap daftar dan log in, bolehlah merujuk ke bahagian atas laman web tersebut ada tertulis "Widget Kongsi Trafik". Click disitu dan pilih pattern yang anda mahukan. Menegak, melintang dan mini widget. Copy code widget dan paste ke dalam HTML/JavaScript dengan cara Layout - Add a gadget - HTML/JavaScript.

      Delete
    2. Untuk add widget ke wordpress bolehlah merujuk artikel disini

      http://www.indowebsite.net/artikel/cms/menambahkan-html-widget-pada-wordpress.php

      Delete

Dah baca, feel free to comment !