Kenali Apa Itu Parvo Virus

Parvo virus ataupun sebenarnya dikenali sebagai panleukopenia adalah sejenis virus yang membahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ubat yang bersesuaian untuk mengubatinya jika dijangkiti. Malah virus ini pula sangat mudah merebak.

Nama Virus
Ianya terdapat beberapa nama yang dikenali sebagai virus ini adalah merujuk kepada virus yang sama:-
  1. Feline Infectious Enteritis (FIE)
  2. Feline Panleukopenia
  3. Feline Parvovirus
Habitat Virus
Kawasan persekitaran yang tidak bersih yang mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya dan virus ini amat kuat dan daya tahan tinggi serta boleh hidup bertahun. Ianya memerlukan ubat/racun yang kuat untuk menghapuskannya.

Risiko
  • Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yang berumur antara 4 - 16 minggu kerana antibodinya masih lagi lemah ataupun dalam bentuk pembentukan serta juga di waktu ini anak kucing sudah mula putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yang kaya antibodi)
  • Kucing yang tidak pernah divaksinkan.
Tanda-tandanya
  • Muntah 
  • Cirit-birit (kekuningan, berbau serta berdarah sedikit)
  • Tidak makan 
  • Demam panas melampau 
  • Letih & tidak bermaya 
  • Menjadi kurus 
    Rawatan
    Hanya secara klinikal dari vet bertauliah saja yang boleh membantunya tetapi agak tipis juga kerana antibiotik yang diberikan hanya dapat melawan penyakit yang diserang ketika badannya lemah. Virus ini akan menyerang sel darah putihnya yang berfungsi melawan bakteria dan kekurangan sel-sel ini memudahkannya diserang virus lain.

    Apa yang perlu dilakukan
    Jika salah seekor kucing dijangkiti virus ini, semua tempatnya termasuk sangkar, bekas makanan/minuman, kotak pasirnya serta lian-lainnya perlu dibersihkan sekerap mungkin untuk membunuh virus ini.

    Bagaimana mencuci untuk membunuh virus ini
    Penggunaan klorox dapat membantu membunuh virus ini dan pencuci biasa tidak dapat membantu dan perlulah dicuci sekerap mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalanm jangkahayat yang lama.

    Apa yang perlu dilakukan kepada kucing yang dijangkiti
    Setelah mendapat rawatan dari vet, kita boleh membantu menguatkannya dengan cara memberi makan setiap hari kerana kucing yang dijangkiti sudah tidak akan makan lagi. Sekiranya suapan yang diberikan berjaya dimakan beberapa hari iaitu dalam 3-5 hari, berkemungkinan ianya akan selamat di samping ubat dari Vet.
    Sumber [ SINI ]
    Semoga info ni dapat manfaat kita semua yang ada kucing.

    5 comments:

    1. Baru tahu ttg virus ni. Nasib baiklah kitten akak dah jadi cat :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kena ambik port tentang anak-anak bulus akak. Hehe.. Sayang mereka-mereka semua..

        Delete
    2. kucing2 kat rumah wa punya mak pun ada simpton camtu... tapi dah ok pulak.. hehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. Bahaya penyakit ni. Maybe lu punya cat tak kena kot. Just sakit lain yg ada simptom2 parvo

        Delete

    Dah baca, feel free to comment !