Blog Akan Dikenakan GST?

Assalamualaikum semua. Dapat 2 berita yang berbeza di mana salah satu gembira dan yang satu lagi tak begitu menggembirakan. First, aku menang giveaway dari Paris Souvenirs Giveaway by Siti Aisya Ibrahim dan berita kedua mengenai GST.


Isu yang trending sekarang dalam kalangan blogger-blogger tanahair. Blog bakal dikenakan GST? Wajarkah? Fuh memang menguji kesabaran rakyat sungguh. 

Tahukah kerajaan bahawa, bukan semua yang berblog sepenuh masa dan menjadikan blog sebagai sumber pendapatan mereka, terdapat banyak level blogger yang terdiri daripada remaja, orang dewasa yang berblog sekadar hobi, berblog untuk peribadi dan berblog untuk sumbee pendapatan, dalam erti kata lain juga, blog sebagai medium utama menjana pendapatan.

Pendapat korang, wajarkah tindakan kerajaan mengenakan GST terhadap blogger? Bukan semua memperoleh pendapatan yang banyak hasil dari blogging. Lainlah kalau top blogger yang pendapatannya boleh mencecah 4 angka setiap bulan. Contohnya blogger seperti aku yang baru menjejakkan diri, walaupun blog aku sudah berusia 2 tahun, pendapatan dari pihak pengiklan Nuffnang pula tak sampai RM10 pun, sejujurnya. Wajarkah? 

Ada yang minat menulis, dan berkarya. Tiba-tiba kerajaan pula nak mengenakan GST, terbantut hasrat ingin menyampaikan penulisan dan sekaligus sudah tentu minat terhadap penulisan blog mereka semakin menipis. Tak gitu?

Aku hanya mampu menyuarakan pendapat aku disini. Sebagai seorang blogger dan juga rakyat, aku hanya mampu tersenyum. Inginku menentang, aku tiada kuasa apatah lagi membantah. Tetapi yang pasti, semua blogger tidak akan bersetuju dengan perkara ini.


No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !