Udang Tumis Kunyit + Ayam Goreng

Assalamualaikum semua. Ha hari ni Zaki merajinkan diri ke dapur (macam lah sebelum ni tak rajin). So tak banyak menu untuk dijamah malam ni. Masakan yang simple je.




Ayam goreng bersalut tepung (bersalut lah sangat). Ini siapa-siapa pun boleh masak ayam goreng macam ni kan? Asal sedap dan cepat dimasak. Malangnya ayam aku salut tepung ni macam kekurangan tepung je. Anyway, abaikan sebab rasanya sedap!


Udang tumis kunyit kering ni memang menjadi salah satu lauk kegemaran aku sejak dahulu lagi. Atau apa-apa sahaja yang masakan bertumis kunyit yang agak berkuah sedikit macam masakan aku di atss, memang aku suka banget!

Kot lah korang ada yang tak tahu cara memasak udang tumis kunyit ni, bolehlah request kat aku resepinya, itupun kalau korang malas nak Google kan resepinya. Aku sedia berkongsi! Korang pulak apa menu makan malam ni?


No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !