Seperti yang korang tahu, minggu sebelum sebelum ni aku ada cerita pasal menu MerryLand yang murah lagi sedap, BBQ Chicken Rice. Harini aku nak review pasal menu yang lain pulak iaitu Hotplate Mushroom Chicken.
Seperti yang korang lihat di gambar di atas, itulah menu yang aku mentioned earlier. Presentation simple dan agak suram.. hahaha.. Ok bercerita pula tentang flavor, not much flavor berbanding BBQ Chicken Rice yang pernah aku makan sebelum ni.
Tapi kalau setakat nak makan berjimat dan sekadar mengisi perut yang kosong, bolehlah daripada takda kan. Murah pulak tu cuma RM6.00 sahaja termasuk air teh hijau.





