Facebook  Twitter  Instagram

「Review」Hotplate Mushroom Chicken

Assalamualaikum semuanya. Selamat pagi. Bersua lagi kita hari ni. Tengah kemalasan tapi nak buat simple review tentang menu yang lain yang terdapat di MerryLand Sibu.

Seperti yang korang tahu, minggu sebelum sebelum ni aku ada cerita pasal menu MerryLand yang murah lagi sedap, BBQ Chicken Rice. Harini aku nak review pasal menu yang lain pulak iaitu Hotplate Mushroom Chicken.


Seperti yang korang lihat di gambar di atas, itulah menu yang aku mentioned earlier. Presentation simple dan agak suram.. hahaha.. Ok bercerita pula tentang flavor, not much flavor berbanding BBQ Chicken Rice yang pernah aku makan sebelum ni.

Tapi kalau setakat nak makan berjimat dan sekadar mengisi perut yang kosong, bolehlah daripada takda kan. Murah pulak tu cuma RM6.00 sahaja termasuk air teh hijau. 

BBQ Chicken Rice

Assalamualaikum dan selamat pagi semuanya. Kembali bersama Zaki di pagi Rabu yang ceria ini. Seperti yang Zaki nyatakan sebelum ni di post yang sebelum ni juga yang Zaki akan kerap dan akan update blog sekerap mungkin.

Seperti biasa, rutin harian Zaki awal pagi hantar adik ke sekolah dan jam 7.10am Zaki akan hantar anak PPM di sekolah adik Zaki ke tadika dan jam 10.30am Zaki akan ambil dan hantar dia balik ke rumah. Memandangkan kebiasaan jam 10.45am memang Zaki dah free. Perut pun dah berkeroncong memainkan peranannya.

So Zaki decide singgah ke restoran segera @ fast food restaurant @MerryLand. Hanya tempat makan ni je yang halal dan ia berdekatan dengan sekolah adik Zaki lebih kurang dalam 2km je kot dari sekolah tu.

Sepanjang perjalanan ternampak iklan @MerryLand dengan menu terbaru untuk bulan April. Salah satunya adalah apa yang Zaki baru je makan iaitu BBQ Chicken Rice seperti yang korang boleh tengok di gambar di bawah.


Rice to chicken ratio is quite a lot. Memang berbaloi dengan harganya yang agak murah, hanya RM6.00 untuk 1 set BBQ Chicken Rice dengan air green tea. The flavor bagi Zaki a bit sour but not too sour just slightly sour but overall it tastes good. 

Banyak lagi menu lain yang mostly menu ayam. Bagi peminat lalapan pun boleh dapatkan lalapan ikan di sini. It is recommended bagi sesiapa yang berkunjung ke Sibu atau yang berada di Sibu. Affordable prices, great and friendly environment. Clean and tidy with Free WiFi. So kalau berkunjung ke Sibu jangan lupa datang ke @MerryLand di Wonderful, Sibu.

Musim Sakit

Assalamualaikum semua. Sekarang ni musim sakit. Demam lah, kes selesema burung lah. Macam - macam lagi lah kalau nak disenaraikan. Jadi secara amnya semua orang tak terlepas daripada sakit ni. Tetapi bergantung juga dengan ketahanan sistem imun badan seseorang itu.

Zaki dan adik Zaki pun dah demam jugak sekarang ni. Adik Zaki mula demam hari Ahad yang lepas. Hari ni dah masuk hari keempat. Dia punya panas on and off tapi bukan panas yang berpanjangan. Maybe disebabkan adik Zaki seorang OKU (down's syndrome) so antibodi dia tak kuat untuk melawan demam tu.

Dah bawa pergi klinik dam doktor check suhu badan cuma slightly panas sikit dari suhu demam mengikut suhu demam yang kebiasaannya 37.6 .. suhu demam biasanya 37.5 so consider lebih sedikit.

Harini pulak terpaksa ambik darah di hospital untuk temujanji dengan doktor 28/4 ni. Harap-harap dalam beberapa hari ni sembuhlah dia dari demam. Zaki ni demam-demam pun terpaksa kuatkan diri uruskan adik. Kalau diturutkan sangat makin teruk demam nanti.

Korang kat luar sana tu kenalah jaga diri dan keluarga dengan baik. Musim sakit macam ni dia tak kira tua ke muda kalau nak sakit. Minum air secukupnya especially kalau cuaca panas melampau. Harap korang doakan semoga adik Zaki cepat sembuh ye. Terima kasih.