Facebook  Twitter  Instagram

Tatatertib/Adab Menggunakan Tandas


Assalamualaikum korang. Apa yang korang faham sejurus korang tengok gambar yang terpampang di atas tu? Aku tengah mengalami situasi di mana ada orang ni tak faham bahasa kot dan aku yakin ada di antara korang turut mengalami situasi yang sama kan? Isu ini agak popular dimana-mana pun. Betul?

Aku ni bukanlah "pembersih" sangat dan sudah pasti tak layak untuk menerima title sedemikian. Tapi, aku tahu apa itu kebersihan dan aku agak "alergik" dengan orang yang tak jaga kebersihan. Tapi mampu membebel dalam hati je lah, nak luahkan di public kang ada yang kata aku "kepoh". 

That doesn't matter sebab bukan isu public yang aku nak tekankan disini, tapi di rumah. Adoi pening kepala memikirkan perangai masing-masing yang tiada adab menggunakan tandas. Aku ni yang selalu tolong flush lepas orang rumah ni menggunakan tandas. Bayangkan kalau ada tetamu datang berkunjung ke rumah dan hendak menggunakan tandas, apakah yang bermain difikiran mereka melihat tandas yang tak di flush selepas membuang air kecil/besar? 

Masing-masing dah besar dah boleh berfikir mana baik mana buruk. Nanti kerap sangat aku membebel ada yang sakit hati. (Jangan tak tahu aku ni suka membebel, benda yang tak kena dipandangan aku lah). Kalau kita tak mulakan di rumah, kat luar tak payah story la.. najis ke apa ke kat tandas tu, lantak pi la bak kata orang utara..

Jadi disini aku nak nasihat sikit, bukannya dengan sesama manusia je kita harus beradab, tapi dengan haiwan, kemudahan awam dan macam-macam lagi. Kalau ada yang bersikap seperti yang dalam cerita ni, nasihatkanlah dan tegurlah mereka. Ingat, semuanya bermula dari diri kita sendiri.

*Life is easy, so keep it simple*