Facebook  Twitter  Instagram

Kecuaian , Atau?

Assalamualaikum korang.. Aku ada satu gambar nak share kat korang..haaa kejadian ni berlaku tak tahu lah pagi ni atau malam tadi.. Lepas hantar ayah aku pergi kerja..aku singgah la ke sebuah supermarket untuk membeli mee segera..yelah badan rasa penat, nak masak pun rasa lemau..

So aku lalu lah jalan yang kebiasaannya aku lalu bila aku pergi ke supermarket tu..alangkah terkejut dan pelik, nampak sebuah kereta kancil melintang di tengah jalan..rupa-rupanya tersadai kat situ..sebelah kat atas jalan..sebalah lagi tayar tergantung nak jatuh longkang.. Entah macam mana pemilik kenderaan tj boleh meletakkan kenderaan beliau disitu, ini yang masih menjadi tanda tanya??? Adakah beliau memandu sambil bermain telefon?? Or adakah memang kecuaian memandu beliau sendiri? Wallahualam..beliau sendiri saja yang tahu.. Heeee..so korang boleh tengok gambar dibawah..


So nasihat aku kat korang semua..pandulah dengan cermat..kalau boleh elakkan memandu sambil main telefon..aku dikecualikan ye! Haha..ambik gambar untuk menyampaikan pesanan kat korang supaya jangan memandu sambil main telefon.. Biarlah kita lambat sampai destinasi, biarlah apa-apa message di Facebook, weChat, whatsApp dan seumpamanya lambat dibalas, nyawa yang penting.. Tak sayang nyawa sendiri, tapi perlu ingat orang lain juga. Ehehe..oops.. Oklah korang..pandu cermat jiwa selamat ek..