Aku ni pada asalnya dilahirkan kurus. Ha jangan korang tak tahu pulak.. Berat badan dan saiz badan meningkat dengan jayanya bermula pada tahun 2010-2013.. Korang boleh tengok gambar dibawah..
Inilah diri aku yang dulu*abaikan orang belakang tu*
Jadi bermulalah kehidupanku sebagai seorang budak gemok. Masa tu aku berkerja sambil belajar dimana aku menjadi seorang juruwang di sebuah kedai komputer dan korang tahulah kan macam mana tugas-tugas juruwang, hanya duduk sepanjang hari... Cukup masa, makan.. Ha begitulah rutin harian aku sebagai juruwang selama 2 tahun 9 bulan.
Aku menamatkan zaman persekolahan pada tahun 2009 dan lagi menyedihkan keputusan STPM aku teruk! Menyesal pun ada, sebab bekerja sambil belajar... Tapi demi membantu keluarga aku korbankan masa aku dengan bekerja. So bulan 9, 2011 aku berhenti kerja dan kerja di tempat lain dan pada 2012 aku kerja di tempat lain pulak. 2013 adalah last aku bekerja dan ianya sangat jauh dari hometown aku, di KL..
Sepulangnya aku dari kL, aku dah nekad nak kuruskan badan.. Tapi semua tu acuh tak acuh je.. Hinggalah pada tahun ni 2014, bulan 3 yang lepas aku berdiet dengan cara aku sendiri ditambah lagi dengan diet baru yang sangat famous sekarang iaitu diet Atkins, aku berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12kg. Itupun dengan semborono sahaja. Masih tiada keseriusan berdiet. Namun, usaha aku tak sia-sia sebab aku berjaya mengurangkan berat badan aku walaupun tak banyak. Aku jadikan ia sebagai motivasi diri dan hasilnya korang boleh tengok dibawah..
*Gambar Last Week*
Even perubahan tak banyak, dan hanya perubahan ketara pada muka aku..tapi aku dah bersyukur dengan progress diri aku. Bak kata orang, dimana ada kemahuan disitu ada highway! Eh..ada jalan! Janganlah dihina kawan-kawan yang gemok tau! Sebaliknya beri nasihat dan moral support untuk mereka..
Saja nak show yang URL blog aku dulu adalah seperti yang tertera!
Ok korang, jangan sesekali pandang hina orang-orang yang gemok. Kita tak tahu masalah yang mereka hadapi sehingga menyebabkan mereka gemok.. Fuhh jauh pulak aku melalut.. Jangan tau! Kalau tak kena kaki!
Ha apa-apa pun aku nak ucapkan selamat berblogging kepada semua rakan-rakan blogger aku. Ingat, setiap perkara sentiasa ada pilihan.. Terpulang kat kita nak pilih yang mana. Heeee.. Chow!
wah wah !! kacakkkkk arr budak gemuk rambut kerinting tu !! jujur, wa memang suka kawan dengan orang gemuk... wa suka jadikan orang gemuk sebagai member.... hahahaha... best kan jadi kawan wa??
ReplyDeleteHahaha..thanks beb.. Betul kan orang-orang gemok ni seeing dicerca dihina dipandang rendah dek kawan-kawan and masyarakat sekeliling.. Heeee
Delete