Facebook  Twitter  Instagram

Dapat Tawaran Guru Sandaran! Yay Or Nay??

Assalamualaikum korang.. Sihat sokmo kan korang?? Aku nak cerita sikit la peristiwa menarik yang terjadi kat diri aku hari ni.. Walaupun cuaca panas, aku gigihkan jugak keluar dari rumah! Haaaa!

Ok dipendekkan cerita..pagi tadi lepas hangar ayah aku pergi kerja, aku pergi ke tempat kerja abang aku untuk fotostat IC dan lesen memandu dia sebab lusa dia nak interview Govt. Aku tumpang gembira lah.. Jadi selesai fotostat semua..aku pergi balik kat tempat kerja abang aku dan dia pun suruh aku pergi ke sekolah dimana dia pernah bersekolah dahulu untuk stamp/cop IC dan lesen memandu dia untuk pengesahan.

Sampai sana, cari tempat park keta, senang pulak cari parking di kawasan sekolah ek?? So pergi ke pondok pengawal ambik pas pelawat. Jalan punya jalan..jumpa jugak bilik guru..

Sesampai je di pintu masuk bilik guru, aku masuk dengan muka blurr hahaha!! Then ternampak dua orang Cikgu Cina dan Melayu perempuan yang tengah rancak berbual (apa diborak pun tak tau, positif positif!!)

Aku tanya, "excuse me, saya nak jumpa dengan Penolong Kanan" lalu salah sorang dari Cikgu tersebut berkata "pergi jalan lurus ke hujung sana, bilik dia no.2 dari hujung".. Aku pun ucap terima kasih dan segera melangkah pergi menuju tempat seperti yang diberitahu..

Sampai situ, Penolong Kanan tu tak ada pulak..nasib ada sorang Cikgu ni yang boleh tolong copkan dokumen-dokumen yang abang aku suruh fotostat tadi.. Dah siap cop, dia tanya aku, "sekolah disini kah"? Aku dengan pantas menjawab, "eh tak, saya sekolah kat tempat lain, abang saya yang sekolah disini dulu". Dia dengan pantas bertanya lagi, "buat apa sekarang? Sudah kerja??".. Aku pun jawab, "saya tak kerja sekarang, sedang cari kerja baru"..

Lalu dia pun berkata lagi, "nak jadi Cikgu sandaran tak??" Lantas aku bertanya lagi , "subjek apa ya??".. Dia pun jawab , "Cikgu sandaran untuk subjek Sains"..aku seraya berkata, "alamak Sains saya tak pandai, masa sekolah pun saya tak minat sains"

Lepas tu aku pun ucapkan terima kasih dan berlalu pergi..baru beberapa langkah keluar dari bilik guru, terdengar suara sayup-sayup memanggil "dik..dik..", aku toleh kebelakang dan aku lihat Cikgu tadi yang memanggil..aku pun menuju ke arah dia dan dia berkata , "masuk sekejap, Pengetua nak jumpa, cakap sekejap dengan awak"...

Dalam hati aku, "eh apasal ni??" Aku pun tanpa membantah terus menuju ke bilik pengetua.. (Fuhhh penat nak menaip pakai phone ni tau) *forward kan cerita di bilik pengetua*

"You go back and think first...discuss with your family..you know it's one good opportunity as a passport for you to success and start your career to get a diploma at the same time".. Aku pun cakap kat dia, "I'll let you know ok..yet I can't confirm with you or giving you my words"..

So sekarang.. Aku ada options actually..study semula sains dan grab the chance..boleh ambik pengalaman even for only 3 months.. Tapi bila difikir semula, lama dah aku tinggalkan dunia persekolahan..susah nak masuk benda yang dipelajari.. What say you??