Facebook  Twitter  Instagram

CPUV Awal Oktober

Assalamualaikum korang. Hmm permulaan yang baik untuk bulan Oktober. Heeee, tak sangka pulak tadi check Nuff ternampak sesuatu yang menggembirakan.


Jadi itulah dia CPUV yang aku dapat dari pihak Nuffnang. Kalau korang baik hati, klik lah kalau nampak iklan SENHENG Online Store, SUNSILK Silhouette dan RHB Now- Let's Transaction menari-nari di blog aku. Terima kasih Nuffnang untuk permulaan Oktober yang berharga bagi diriku.

CPUV - SENHENG Online Store
           - SUNSILK Silhouette
           - RHB Now - Let's Transaction

Header Baru!

Assalamualaikum korang.. hmm Isnin yang membosankan bukan? Sementara tak tahu nak buat apa, aku pun belek-belek lah Photoshop aku. Belek punya belek, ada dalam dekat 1 1/2 jam jugak lah aku membelek Photoshop aku tu. Ye lah idea tak ada, tambahan lagi aku ni bukanlah Expert  macam kebanyakan orang. Aku pun saja-saja lah nak cuba buat header baru untuk blog aku kan. Asyik pakai yang lama tu, macam dah jemu pulak mata memandang. Haha..


Maka terhasillah satu header yang tak berapa nak cantik, apatah lagi nak membuatkan sejuk mata memandang.Ini je yang mampu aku buat, dan spontaneously ada dalam kepala otak aku ni. So what say you?? Bagi la satu dua komen ke, yang membina semangat la! Haha kalau yang mematahkan semangat aku FIRE korang! Takdalah gurau je, tapi betul aku nak komen yang membina bukannya mencela, or mengutuk. Heeee anyway, itu semua adalah hak masing-masing. So.. tadaaaaa... Chow~

Tatatertib/Adab Menggunakan Tandas


Assalamualaikum korang. Apa yang korang faham sejurus korang tengok gambar yang terpampang di atas tu? Aku tengah mengalami situasi di mana ada orang ni tak faham bahasa kot dan aku yakin ada di antara korang turut mengalami situasi yang sama kan? Isu ini agak popular dimana-mana pun. Betul?

Aku ni bukanlah "pembersih" sangat dan sudah pasti tak layak untuk menerima title sedemikian. Tapi, aku tahu apa itu kebersihan dan aku agak "alergik" dengan orang yang tak jaga kebersihan. Tapi mampu membebel dalam hati je lah, nak luahkan di public kang ada yang kata aku "kepoh". 

That doesn't matter sebab bukan isu public yang aku nak tekankan disini, tapi di rumah. Adoi pening kepala memikirkan perangai masing-masing yang tiada adab menggunakan tandas. Aku ni yang selalu tolong flush lepas orang rumah ni menggunakan tandas. Bayangkan kalau ada tetamu datang berkunjung ke rumah dan hendak menggunakan tandas, apakah yang bermain difikiran mereka melihat tandas yang tak di flush selepas membuang air kecil/besar? 

Masing-masing dah besar dah boleh berfikir mana baik mana buruk. Nanti kerap sangat aku membebel ada yang sakit hati. (Jangan tak tahu aku ni suka membebel, benda yang tak kena dipandangan aku lah). Kalau kita tak mulakan di rumah, kat luar tak payah story la.. najis ke apa ke kat tandas tu, lantak pi la bak kata orang utara..

Jadi disini aku nak nasihat sikit, bukannya dengan sesama manusia je kita harus beradab, tapi dengan haiwan, kemudahan awam dan macam-macam lagi. Kalau ada yang bersikap seperti yang dalam cerita ni, nasihatkanlah dan tegurlah mereka. Ingat, semuanya bermula dari diri kita sendiri.

*Life is easy, so keep it simple*



Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA

Assalamualaikum korang. Fuh penat tunggu orang kat bengkel repair clutch kereta. Baru je sampai rumah ni. Haishh.. Sampai je rumah aku terus buka la blog aku yang tak seberapa ni dan ternampak la komen tentang GA yang menarik ni ha.



Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat bawah ni. Siap!


GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)

Menarik bukan? Memandangkan agak mustahil untuk kesana, join GA ni pun dah memadai kot. Haha. Rasa baru balik dari Paris kot kalau menang nanti.. so syarat-syarat adalah sangat mudah. Just make sure korang ikut betul-betul syarat yang ditetapkan.. 

Kawan yang saya tag 

My First Ever CPUV - SENHENG Online Store One..

Assalamualaikum korang.. fuh cuaca panas giler hari ni. Nak keluar berjalan-jalan pun rasa macam KEMALASAN pulak. Pandu kereta pun, kalau dah panas memang tak tahan rasanya kulit badan ni menanggung dek bahang panas yang membara.. Jadi, apa yang aku buat hanya duduk di rumah lah seperti kebiasaan.. Jari ni pulak gatal lak tiba-tiba nak check account Nuffnang. Fulamak, agak terkejut sebab tak sangka boleh dapat CPUV dengan cepat. Ye lah sebab ada orang ni, mereka kata 4 tahun blogging pun belum pernah dapat CPUV dari Nuffnang.. So aku berasa agak gembira disaat mengetahui yang ianya realiti dan bukannya mimpi! Hahahaha. Iklan yang aku dapat adalah iklan dari SENHENG Online Store One.. Dia macam tempat membeli online jugaklah rasanya..seperti Lazada, Zalora. Ha yang seumpama dengannya..




Tadi aku check kat blog, tak nampak pulak iklan tu menari-nari di ruangan blog aku. Well anyway..kalau korang baik hati, sekiranya ternampak ada satu iklan dari SENHENG Online Store One.. ni tengah menari-nari, korang klik lah seikhlas hati eh.. Syukur alhamdulillah.. Terima kasih encik Nuffnang kerana begitu bermurah hati memberi daku iklan!.

CPUV Nuffnang: SENHENG Online Store One...


Birthday Giveaway by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh 

Giveaway - Saya Nak Sihat

Assalamualaikum. First of all, just nak bagi tahu korang dah beberapa hari aku tak join GA. Ha tadi Kak Hidayah komen baru lah tahu ada GA yang sangat menarik. Bukan apa, sebab beberapa hari ni memang tak bukak pun feed blog. So tengok di banner di bawah


So korang, menarik tak hadiahnya? Jadi apa yang korang perlu buat adalah melengkapkan segala syarat-syarat GA tersebut. Mudah-mudahan ada rezeki untuk menang, siapa tahu kan. Jomlah join korang..

Rakan yang ditag


"Saya nak sihat kerana bagi saya sudah tiba masanya untuk saya menjalani kehidupan yang sihat dimana selama ini saya hidup sebagai seorang yang overweight. Saya nak sihat juga kerana saya berasa cemburu, cemburu bukan apa sebab kawan-kawan saya yang lain bebas melakukan aktiviti lasak tanpa kekangan dan boleh memakai apa saja pakaian yang mereka nak, lainlah macam saya saiz pun susah nak cari. Oleh sebab itu saya nak sihat, dan pada masa yang sama memastikan kesihatan saya pada tahap yang maksimum"

Budu "Long" @ Ikan Masin

Assalamualaikum. Terlebih dahulu aku nak bertanya kalau korang pernah dengar atau makan makanan yang bernama budu long ni.. Budu long @ ikan masin nama yang lebih dikenali oleh semua ni sangat famous dalam kalangan penduduk pribumi Sarawak lebih-lebih lagi bangsa Melanau. Sebut saja budu long siapa yang tak tahu..


Itulah dia budu long seperti yang korang boleh lihat dalam gambar di atas. Budu long ni boleh dikatakan pembuka selera makan..malah rasanya lagi "ummph" jika diletak limau dan cili potong.. fuh sedapp gitu.. Ikan yang digunakan untuk membuat budu long ni kebiasaannya ikan laut dalam. Tapi ikan biasa seperti ikan kembung atau tenggiri juga boleh digunakan. 

Jadi itulah dia sedikit sebanyak info yang aku tahu tentang budu long ni. Aku hanya makan tapi maklumat lengkap tentang budu long ni aku tak tahu. Heeee.. selamat mencuci mata!

Cara Lajukan Internet Anda

Assalamualaikum. Ok hari ni aku nak berkongsi sedikit info untuk korang yang sering mengalami masalah internet yang slow bukan? Ok korang datang ke tempat yang betul. Dibawah adalah tutorial macam mana nak lajukan internet broadband korang. Kalau berjaya korang bolehlah komen kat sini bagi feedback sikit ye. Aku sendiri telah mencuba dan betul memang ada perubahan pada speed internet aku. So enjoy..



Sambungan Internet terutamanya Broadband Internet yang pantas, laju dan stabil merupakan satu keutamaan pada masa kini. Semakin maju negara, semakin pesat lah perkembangan teknologinya.

cara melajukan internet,tutorial lajukan internet,cara melajukan broadband,cara melajukan komputer,cara melajukan broadband maxis

Jadi, pernah kah korang terfikir bahawa sambungan internet broadband yang anda guna sekarang boleh dilajukan dan dimaksimakan penggunaannya ? Kalau korang pernah terfikir namun tidak mengetahui caranya, pasti tidak guna juga bukan? Jadi disini aku ingin berkongsi lagi satu Cara Lajukan Broadband Internet Anda.

cara melajukan internet,tutorial lajukan internet,cara melajukan broadband,cara melajukan komputer,cara melajukan broadband maxis
Sebelum Guna Software Melajukan Broadband
Setelah menggunakan teknik ini, kelajuan Internet Download Manager aku mencecah sehingga 270KB/sec sedangkan sebelum ini cuma 100KB/sec sahaja. Kalau bagi aku, agak laju juga lah jika dibandingkan dengan sebelum ini..

software melajukan internet,software untuk melajukan internet,software melajukan broadband,cara melajukan broadband internet
Selepas Guna Software Melajukan Broadband

cara lajukan download, cara mendownload dengan laju, trick lajukan internet, lajukan internet dengan idm, tips lajukan idm, internet download manager, tips baru lajukan download, lajukan internet habis kuota,lajukan broadband celcom
Speed Terbaru

Cara-cara untuk melajukan broadband korang.

A. Download software untuk melajukan broadband anda disini >> Software Melajukan Broadband Internet [Tekan button "Skip" di penjuru kanan atas]

B. Extract software tersebut dimana-mana folder yang anda suka.

C. Klik software tersebut sehingga muncul paparan seperti dibawah. Pengguna Windows 7, sila right klik pada software tersebut dan pilih run as administrator.

software melajukan internet,software untuk melajukan internet,software melajukan broadband,cara melajukan broadband internet
Software Melajukan Internet
1. Setelah software tersebut di buka, pada tab Connection Speed, setkan nilai kepada 100+Mbps

2. Setkan Network Adapter Selection korang kepada connection yang korang guna. [Pilih yang seperti dalam gambar]

3. Pada tab Choose Setting, pilih "Custom" sehingga tab MTU boleh diedit

4. Setkan nilai 1440 di kotak MTU seperti dalam gambar diatas.

5. Tick menu "Optimal" di Choose Setting dan klik "Apply Changes"

6. Apabila keluar satu windows yang baru, klik "OK"

7. Restart PC/Laptop anda.

8. Selesai. Internet anda akan semakin laju. Insyaallah.

Kalau tutorial ini berjaya korang maklumkan lah disini ok. Sebab aku sudahpun cuba trik ini dan alhamdullilah ianya menjadi. Itu sahaja untuk hari ini. Selamat mencuba :)

P/S : Always "tick" button backup ok. Kalau tambah penggunaan VPN mesti lagi laju ni.

Sumber - akupunyerlah!

Sibu, The Best Base Jump In The World

I couldn't be more proud of being a Sibu-ian which Sibu was described to be the best place of BASE Jump in the world. Couldn't even agree more on that statement by the jumpers who took part in the event Sibu BASE Jump 2014, that starts on Friday last week until Sunday the 21st of September 2014.

Agreed with the statement, I can tell you guys that there were thousands of audience during the event each year. I'm, myself get to see them(jumpers) , jump from the tallest building in Sarawak, Wisma Sanyan right infront of my eyes.




Full article from TheBorneoPost.

Source: www.theborneopost.com

Dapatkan Trafik Ke Blog Dengan KakiPing!

Bagi setiap blogger, harapan yang tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapat kunjungan yang ramai ke blog anda sendiri. Saya sendiri juga tidak terkecuali. Sebagai blogger baru yang baru bergiat aktif dalam blogging, sudah tentu saya juga menginginkan kunjungan trafik yang banyak ke blog saya. Mungkin ramai daripada anda diluar sana yang sering mencari alternatif untuk menaikkan trafik blog anda tapi akhirnya, hanya secebis sahaja yang datang berkunjung. Tetapi berlainan pula dengan blogger yang sudah menempa nama dalam dunia blogging dimana rata-rata semua sudah mengenali mereka dan juga blog mereka.

Namun sekarang ia bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Seperti perumpamaan "segalanya dihujung jari". Ya betul hanya dihujung jari! Bagi mereka yang belum mengetahui tentang KakiPing.com ini, anda bolehlah rujuk di SINI dan juga boleh anda lihat seperti dibawah.


KakiPing merupakan satu agregator yang baru untuk blogger seperti anda menaikkan trafik blog anda dan bukan itu sahaja, anda juga boleh PING artikel/entri anda secara terus ke laman web KakiPing. Dengan kelebihan itu secara tidak langsung sudah pasti ramai orang yang berkunjung ke laman web mereka turut membaca artikel/entri daripada blog anda. Sertailah sekarang sama ada melalui mendaftar KakiPing melalui Facebook atau melalui alamat email anda. 



Juga bukan itu sahaja, juga terdapat widget dimana anda boleh berkongsi trafik dan juga sekiranya artikel/entri blog anda menjadi pilihan, pihak KakiPing akan meletakkan list blog anda di laman web mereka. Bukankah ianya suatu yang hebat dan menarik? Jadi daftarlah sekarang di KakiPing.com secara percuma.

Daftar disini :- http://www.kakiping.com/




Kenali Apa Itu Parvo Virus

Parvo virus ataupun sebenarnya dikenali sebagai panleukopenia adalah sejenis virus yang membahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ubat yang bersesuaian untuk mengubatinya jika dijangkiti. Malah virus ini pula sangat mudah merebak.

Nama Virus
Ianya terdapat beberapa nama yang dikenali sebagai virus ini adalah merujuk kepada virus yang sama:-
  1. Feline Infectious Enteritis (FIE)
  2. Feline Panleukopenia
  3. Feline Parvovirus
Habitat Virus
Kawasan persekitaran yang tidak bersih yang mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya dan virus ini amat kuat dan daya tahan tinggi serta boleh hidup bertahun. Ianya memerlukan ubat/racun yang kuat untuk menghapuskannya.

Risiko
  • Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yang berumur antara 4 - 16 minggu kerana antibodinya masih lagi lemah ataupun dalam bentuk pembentukan serta juga di waktu ini anak kucing sudah mula putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yang kaya antibodi)
  • Kucing yang tidak pernah divaksinkan.
Tanda-tandanya
  • Muntah 
  • Cirit-birit (kekuningan, berbau serta berdarah sedikit)
  • Tidak makan 
  • Demam panas melampau 
  • Letih & tidak bermaya 
  • Menjadi kurus 
    Rawatan
    Hanya secara klinikal dari vet bertauliah saja yang boleh membantunya tetapi agak tipis juga kerana antibiotik yang diberikan hanya dapat melawan penyakit yang diserang ketika badannya lemah. Virus ini akan menyerang sel darah putihnya yang berfungsi melawan bakteria dan kekurangan sel-sel ini memudahkannya diserang virus lain.

    Apa yang perlu dilakukan
    Jika salah seekor kucing dijangkiti virus ini, semua tempatnya termasuk sangkar, bekas makanan/minuman, kotak pasirnya serta lian-lainnya perlu dibersihkan sekerap mungkin untuk membunuh virus ini.

    Bagaimana mencuci untuk membunuh virus ini
    Penggunaan klorox dapat membantu membunuh virus ini dan pencuci biasa tidak dapat membantu dan perlulah dicuci sekerap mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalanm jangkahayat yang lama.

    Apa yang perlu dilakukan kepada kucing yang dijangkiti
    Setelah mendapat rawatan dari vet, kita boleh membantu menguatkannya dengan cara memberi makan setiap hari kerana kucing yang dijangkiti sudah tidak akan makan lagi. Sekiranya suapan yang diberikan berjaya dimakan beberapa hari iaitu dalam 3-5 hari, berkemungkinan ianya akan selamat di samping ubat dari Vet.
    Sumber [ SINI ]
    Semoga info ni dapat manfaat kita semua yang ada kucing.

    RegClean Pro + Registration Key

    Assalamualaikum korang.. Selamat pagi yang tak berapa nak pagi..heeee..cuaca mendung so agak gelap sedikit cuaca di luar sana.. So korang pernah dengar tak tentang software RegClean Pro ni? Atau ada sesiapa dari korang yang memiliki software ini? Meh aku nak share sikit dengan korang tentang software RegClean Pro ni. Dia macam satu software yang mengenalpasti korang punya issues/problem dalam laptop korang. Tak kisahlah apa pun problem dalam laptop korang , software ni boleh detect.


    Pada masa yang sama, korang juga boleh defrag registry-registry yang tak berguna dalam laptop korang yang menyebabkan laptop korang SLOW dan agak berat pada speed laptop korang. Tak mustahil, bila laptop korang berat, korang nak surf internet pun boleh terjejas sama tau. So aku dengan baik hati (cewahhh) nak share dengan korang RegClean Pro ni dengan registration key untuk membolehkan korang mendapat access untuk menggunakan software ni secara full version.

    So korang bolehlah rujuk di SINI untuk download korang punya software secara FREE. Korang just ikut segala arahan yang diberi untuk process installation dan selepas semuanya selesai korang bolehlah run korang punya software tadi. Siap semua dengan scan sekali, kalau korang nak fix issues , dia akan minta korang untuk purchase software tersebut sebelum korang dapat fix issues korang completely..so korang boleh tengok dibawah untuk registration key untuk software ni.

    Registration Key: 00ZNXX-FA684X-2 1PQZQ-41H89P

    Dijamin 100% berjaya! So selamat mencuba dan selamat mencuci segala benda yang tak diperlukan dari laptop korang! Chow~


    Scammer Alert! Beware!

    Assalamualaikum korang..! Wah aku menang sebuah kereta Proton Inspira! Impianku jadi kenyataan! Kenyataan lah sangat kan..padahal dapat message dari scammer@penipuan.. Ingat ni zaman batu ke senang-senang nak tipu orang..adoi tak habis-habis mereka ni.


    Entah bilanya aku join peraduan coca cola, hahaha.. menipu tak agak-agak..dahlah website pun robot.txt . Kalau korang rajin, korang leh type kat search column di Google.. bukan di browser korang tau..aju nak nasihatkan korang lah, kalau ada terima sms seperti ini...jangan diklik website tu sebab mereka dah letak phishing coding kat link website tu.

    Setiap benda korang type mereka ada auto writer monitoring korang type apa.. so janganlah pulak korang jadi mangsa ketamakkan manusia seperti mereka.. chow~

    Kuey Teow Goreng Fillet Ikan

    Assalamualaikum korang.. hehe..memandangkan agak rajin hari ni, aku pun merajinkan diri di dapur. Ha apa lagi, ligat je jari jemari aku cari barang untuk dimasak. Maka, terhasillah satu menu yang sangat ringkas untuk santapan tengah hari macam ni.


    Tapi kan..aku tak berapa puas hati dengan masakan aku ni, kurang meriah gitu! Banyak bahan aku tak letak untuk hiasan. Warna pun kurang menarik..yelah nama pun menu ringkas je. Haha. So aku nak share resepi ringkas ini dengan korang, kot ada yang nak mencuba resepi aku ni..

    Bahan-bahan

    - 400-500gram kuey teow(bergantung berapa orang makan)
    - 4 biji bawang merah(dihiris halus)
    - 2 biji bawang putih (dihiris halus)
    - Sos cili/pes cili (4-5 s/b)
    - Kicap pekat/pekat manis (2 s/b)
    - Ajinomoto (penambah rasa)
    - Minyak masak (untuk menumis)
    - Fillet burger ikan (ikut bahan yang korang nak, aku guna ni je)aku goreng dulu kat kuali sekejap

    Cara Memasak

    - Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis (bawang merah dan bawang putih). Tumis hingga warna bertukar keemasan sedikit.

    - Masukkan pula fish fillet tadi dan tumis lagi beberapa ketika. Kemudian masukkan sos cili. Lepas tu masukkan kicap pekat dan gaul rata semua bahan tadi. Jika nak campur telur, masukkan telur ke dalam tumisan tadi dan gaul hingga sebati dengan bahan tumis. Masukkan ajinomoto.

    - Biarkan bahan tumis seketika hingga naik bau dan pecah minyak kemudian masukkan mee kuey teow. Gaul kesemua bahan hingga sebati. Biarkan mee korang masak sepenuhnya untuk seketika. Hidangkan dan makan.. heee


    Jadi itulah dia resepi yang tak seberapa dari aku tadi.. sedap gitu.. korang cuba la.. bagi lah feedback sikit. Haha. Chow~


    Be Humble

    First of all, "peace be upon you" to you guys. So here I am, again.. No idea what to post and no mood for everything..no, nothing.. Just to voice out what's stumbled in my tiny little heart. I can see that there was injustice going on in "this" community.

    I don't know if you guys notice this kind of thing but it is happened for real. Freshman with freshman while varsity with varsity. If you are not doing anything to get yourself noticed, you'll remains as freshman.. but.. they will noticed you if they think you deserves to be one of them.

    To me, that's nothing of being a varsity it's just that people will know you better than just being a freshman or can I say, popular? Popularity is really, something that can help you to get to the next level and to get you recognized by others. No doubt about that and yeah at the same time it ain't that important.

    Just try to push youself up with your own efforts.. that's better and you owe nothing from nobody. Don't use someone else as an  alternative to step further.. be yourself and starts from the bottom.

    *Mode Merapu*

    Sibu Base Jump 2014


    Assalamualaikum korang.. So hari aku pergi tengok orang base jump dari atas salah satu bangunan yang paling tinggi di Sarawak iaitu Wisma Sanyan..

    Dengan cuaca yang panas terik aku gagahkan jua untuk keluar dari rumah semata-mata ingin melihat sendiri acara ini dengan lebih dekat. Aku juga tak melepaskan peluang untuk bergambar bersama salah seorang penerjun dan aku ada menangkap beberapa keping gambar untuk tatapan korang.. Heeee..lihat dibawah..











    *Abaikan ketinggian aku, sebab dia tinggi bukannya aku rendah, haha*
    _____________________________________________



    SIBU BASE JUMP 2014

    Sibu Base Jump ini diadakan sejak dari tahun 2009. Aktiviti ini telah menjadi acara tahunan bagi penerjun payung terjun dari setiap pelosok dunia. Acara ini dianjurkan oleh Sibu Tourism Task Force Group dengan kerjasama technical support oleh Base Jumper dari Australia dan Malaysia sendiri. Selalunya Sibu Base Jump diadakan seminggu sebelum KL Tower Jump.

    Base jumpers dari seluruh dunia mendapati bahawa acara Sibu Base Jump ini merupakan sesuatu yang unik dan menyeronokkan dengan suasana serta sambutan yang sangat menggalakkan. Para base jumpers dilepaskan dari puncak tertinggi bangunan Wisma Sanyan. Berketinggian 126 meter, Wisma Sanyan merupSINI. bangunan yang tertinggi di Sarawak.

    Sekiranya anda berminat untuk menyertai Sibu Base Jump ini bolehlah menghubungi Mr Brin Munsang di talian 084-321963/330500 atau sekiranya ada pertanyaan yang lain boleh juga menghantar email ke SINI . Sekiranya anda ingin melihat foto-foto acara tersebut bolehlah pergi ke Facebook page mereka di SINI

    Jadi itulah dia sedikit sebanyak info berkenaan Sibu Base Jump. Sumber daripada Sarawak Tourism

    Hadiah Dah Sampai!

    Assalamualaikum korang.. Fuhh panas kan cuaca hari ni.. So hari ni aku luangkan masa dengan si pengaram jantung aku ke Dataran Sibu untuk menyaksikan a car a Sibu Base Jump. Tengah syok tengok orang terjun, dapat call dari pihak DHL mengatakan yang hadiah aku dah sampai.


    Jadi seperti yang korang boleh nampak dalam gambar diatas, itulah dia hadiah yang aku menang baru-baru ni dalam Wordplay Contest by Contact Singapore di Facebook page mereka. Hadiah tadi pun aku pickup kat tempat orang base jump tu sebab orang tukang hantar tu pun secara kebetulan lalu disitu.. Heeee.. Weeeee happy happy! So next time korang pun boleh menang jugak..aku sentiasa doakan..

    Giveaway 2014 Mialiana.com

    Assalamualaikum dan selamat pagi korang.. Wow! Ada giveaway yang sangat menarik dan masyukk gitu dari Kak MiaLiana.. Korang boleh tengok banner di bawah


    Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

    Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

    Syarat-syaratnya :

    1. Wajib Follow Blog Sponsor
    MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

    2. Wajib Like Fanpage Sponsor


    3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
    4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
    5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

    40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

    Good luck!

    klik pada banner untuk join....


    Korang hanya perlu mengikut segala syarat yang ditetapkan so chance korang menang mungkin tinggi..haha..hadiah-hadiah menarik turut menanti korang..so jomlah join giveaway Kak Mia ni!

    Should I or Shouldn't I?

    Ellow peeps! Aite here's the last entry for ya guys. Since I have nobody and nowhere else to share this feelings, I think here is the right place. No doubt about that! Aite FRIEND! What ya know about FRIEND? You go to school and meet new strangers and then you become friends. I know I know..that's what you think right? Or or.. Strangers you met outside and sitting there have a cuppa with ya, shared stuffs and stories with ya, that's FRIENDS too. Or someone you get to know on net, that's FRIENDS as well.

    Well my story started with the same situations you see..but it ain't what I'm trynna say here. A friend to me was someone who would stand by ya side, when there's joy nor dull.. Someone who would wastes their tears for ya and most of all, someone who would appreciates ya.

    So my problem now, the friend of mine, was a very good and close friend to me, were started to ditch me and not even a single call nor text messages just to say Hi. We were befriended for more than a decade ya see.. Now that he's moving out from his hometown to be with his future wife, he's completely ignorance. The other day I went out to see the other friend of mine too and I asked him "did he ever call or send you a text message?".. The other friend of mine said, he did and even wishing him for Eid Mubarak. What a surprise ya see.. He didn't even text me to say Hi, I wasn't so surprised actually when I found out he's texting my other friend instead of me.

    I am not putting the blame on his future wife into this matter, but he, himself should be blamed but who am I to argue and  who am I to them that they should even care off. A friendship more than a decade just "puffff", getting into an end vanished into tiny air. Can't take this any longer but still putting this into consideration.. I'm not someone who would give up friendship just like that, am not. It's really brought me down to tears when I'm thinking of it but everything needs an end. Neither good or bad, I have to accept the fact.

    So my question now, should I defend our friendship? Or should I just let it go? I need a good advise from you guys.

    Hadiah Wordplay Dah Shipped Out!

    Wah gembiranya rasa hati..excited gitu! Tak sia-sia menunggu agak lama untuk mereka siapkan proses penghantaran hadiah yang aku menang tempoh hari *Contact Singapore Wordplay Contest*.


    Biarlah orang nak kata aku riak ke apa ke kan, "baru menang dah kecoh".. Tak salah kan berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan. Biarkanlah haters tu.. Heeee tak sabar tunggu hadiah sampai..

    Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500

    Assalamualaikum korang.. Belek-belek feed blog tadi.. Ternampak pulak entri berkenaan GA ni di share oleh rakan blogger.. Kali ni hadiah lumayan..



    Sapa tak kenal produk Shaklee yang semakin mendapat nama dalam kalangan rakyat Malaysia kan? Even ayah aku pun pernah menggunakan produk ni. Make sure korang ikut setiap syarat-syarat yang dikehendaki..

    Kenapa Saya Nak Vitamin Shaklee??

    Saya nak vitamin shaklee ni sebab hadiahnya sangat menarik dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan kehidupan yang sihat serta pada masa yang sama ingin menguruskan berat badan. 

    Jomlah korang join GA ni

    Throwback Gambar & Diriku Yang Dulu

    Assalamualaikum korang.. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat kan.. Tanpa kita sedari, hanya tinggal beberapa bulan lagi kita akan melangkah ke tahun yang baru 2015. Ok oleh itu aku nak share sedikit gambar aku yang dulu, bukanlah yang sekarang! Oops terlebih sudah..

    Aku ni pada asalnya dilahirkan kurus. Ha jangan korang tak tahu pulak.. Berat badan dan saiz badan meningkat dengan jayanya bermula pada tahun 2010-2013.. Korang boleh tengok gambar dibawah..

    Inilah diri aku yang dulu*abaikan orang belakang tu*

    Jadi bermulalah kehidupanku sebagai seorang budak gemok. Masa tu aku berkerja sambil belajar dimana aku menjadi seorang juruwang di sebuah kedai komputer dan korang tahulah kan macam mana tugas-tugas juruwang, hanya duduk sepanjang hari... Cukup masa, makan.. Ha begitulah rutin harian aku sebagai juruwang selama 2 tahun 9 bulan. 

    Aku menamatkan zaman persekolahan pada tahun 2009 dan lagi menyedihkan keputusan STPM aku teruk! Menyesal pun ada, sebab bekerja sambil belajar... Tapi demi membantu keluarga aku korbankan masa aku dengan bekerja. So bulan 9, 2011 aku berhenti kerja dan kerja di tempat lain dan pada 2012 aku kerja di tempat lain pulak. 2013 adalah last aku bekerja dan ianya sangat jauh dari hometown aku, di KL.. 

    Sepulangnya aku dari kL, aku dah nekad nak kuruskan badan.. Tapi semua tu acuh tak acuh je.. Hinggalah pada tahun ni 2014, bulan 3 yang lepas aku berdiet dengan cara aku sendiri ditambah lagi dengan diet baru yang sangat famous sekarang iaitu diet Atkins, aku berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12kg. Itupun dengan semborono sahaja. Masih tiada keseriusan berdiet. Namun, usaha aku tak sia-sia sebab aku berjaya mengurangkan berat badan aku walaupun tak banyak. Aku jadikan ia sebagai motivasi diri dan hasilnya korang boleh tengok dibawah..

    *Gambar Last Week*

    Even perubahan tak banyak, dan hanya perubahan ketara pada muka aku..tapi aku dah bersyukur dengan progress diri aku. Bak kata orang, dimana ada kemahuan disitu ada highway! Eh..ada jalan! Janganlah dihina kawan-kawan yang gemok tau! Sebaliknya beri nasihat dan moral support untuk mereka..

    Saja nak show yang URL blog aku dulu adalah seperti yang tertera!

    Ok korang, jangan sesekali pandang hina orang-orang yang gemok. Kita tak tahu masalah yang mereka hadapi sehingga menyebabkan mereka gemok.. Fuhh jauh pulak aku melalut.. Jangan tau! Kalau tak kena kaki!


    Ha apa-apa pun aku nak ucapkan selamat berblogging kepada semua rakan-rakan blogger aku. Ingat, setiap perkara sentiasa ada pilihan.. Terpulang kat kita nak pilih yang mana. Heeee.. Chow!