Facebook  Twitter  Instagram

Ayam Masak Kicap (Mayonis)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..(wah dah macam PM pulak).. Sebelum itu, aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia buat semua rakan blogger tak kira akak, abang, adik, Makcik, atau pun pakcik.. Memandangkan hari ni hari cuti, aku nak share la satu resipi yang aku cuba di internet iaitu Ayam Masak Kicap (Mayonis). Ha korang perasan tak "Mayonis".. Special sikit dari masakan/resipi ayam masak kicap yang kebiasaannya..


Tak rugi korang ha..seperti yang korang boleh nampak di dalam gambar di atas, itulah hasilnya tadi.. Ayam masak kicap korang kira advance sikit la.. Bak kata orang "invention food". Masakan kicap tradisional yang di"modernised"kan.. Untuk resipinya tadi aku dah ubah sikit dari resipi asal..eh jap ubah banyak kot.. Well anyway..untuk mengelakkan rasa yang berbeza, korang bolehlah menjenguk ke blog owner resipi ni thunderkitten..

Bagi aku resipi yang aku ubah dari resipi asal tadi pun agak sedap, tapi lidah dan citarasa masing-masing berbeza kan. Sebab tu aku tak nak letak resipi aku ubah tadi.. Nanti aku kata sedap, korang masak jadi tak sedap. Heeee.. Rasanya itu je lah kot.. Selamat mencuba resipi tersebut korang!

P/S: Kalau ada yang nak resipi aku ubah boleh request di ruangan komen ye!