Facebook  Twitter  Instagram

Sibu Base Jump 2014


Assalamualaikum korang.. So hari aku pergi tengok orang base jump dari atas salah satu bangunan yang paling tinggi di Sarawak iaitu Wisma Sanyan..

Dengan cuaca yang panas terik aku gagahkan jua untuk keluar dari rumah semata-mata ingin melihat sendiri acara ini dengan lebih dekat. Aku juga tak melepaskan peluang untuk bergambar bersama salah seorang penerjun dan aku ada menangkap beberapa keping gambar untuk tatapan korang.. Heeee..lihat dibawah..











*Abaikan ketinggian aku, sebab dia tinggi bukannya aku rendah, haha*
_____________________________________________



SIBU BASE JUMP 2014

Sibu Base Jump ini diadakan sejak dari tahun 2009. Aktiviti ini telah menjadi acara tahunan bagi penerjun payung terjun dari setiap pelosok dunia. Acara ini dianjurkan oleh Sibu Tourism Task Force Group dengan kerjasama technical support oleh Base Jumper dari Australia dan Malaysia sendiri. Selalunya Sibu Base Jump diadakan seminggu sebelum KL Tower Jump.

Base jumpers dari seluruh dunia mendapati bahawa acara Sibu Base Jump ini merupakan sesuatu yang unik dan menyeronokkan dengan suasana serta sambutan yang sangat menggalakkan. Para base jumpers dilepaskan dari puncak tertinggi bangunan Wisma Sanyan. Berketinggian 126 meter, Wisma Sanyan merupSINI. bangunan yang tertinggi di Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Sibu Base Jump ini bolehlah menghubungi Mr Brin Munsang di talian 084-321963/330500 atau sekiranya ada pertanyaan yang lain boleh juga menghantar email ke SINI . Sekiranya anda ingin melihat foto-foto acara tersebut bolehlah pergi ke Facebook page mereka di SINI

Jadi itulah dia sedikit sebanyak info berkenaan Sibu Base Jump. Sumber daripada Sarawak Tourism

3 comments:

  1. Yeke.. sebab hapdet kat phone je..tengok ok-ok je saiznya. Hehe

    ReplyDelete
  2. ehh... bukan lu yang ketot ke budak... muahahaha !! larikkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete

Dah baca, feel free to comment !