Facebook  Twitter  Instagram

Kuey Teow Goreng Fillet Ikan

Assalamualaikum korang.. hehe..memandangkan agak rajin hari ni, aku pun merajinkan diri di dapur. Ha apa lagi, ligat je jari jemari aku cari barang untuk dimasak. Maka, terhasillah satu menu yang sangat ringkas untuk santapan tengah hari macam ni.


Tapi kan..aku tak berapa puas hati dengan masakan aku ni, kurang meriah gitu! Banyak bahan aku tak letak untuk hiasan. Warna pun kurang menarik..yelah nama pun menu ringkas je. Haha. So aku nak share resepi ringkas ini dengan korang, kot ada yang nak mencuba resepi aku ni..

Bahan-bahan

- 400-500gram kuey teow(bergantung berapa orang makan)
- 4 biji bawang merah(dihiris halus)
- 2 biji bawang putih (dihiris halus)
- Sos cili/pes cili (4-5 s/b)
- Kicap pekat/pekat manis (2 s/b)
- Ajinomoto (penambah rasa)
- Minyak masak (untuk menumis)
- Fillet burger ikan (ikut bahan yang korang nak, aku guna ni je)aku goreng dulu kat kuali sekejap

Cara Memasak

- Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis (bawang merah dan bawang putih). Tumis hingga warna bertukar keemasan sedikit.

- Masukkan pula fish fillet tadi dan tumis lagi beberapa ketika. Kemudian masukkan sos cili. Lepas tu masukkan kicap pekat dan gaul rata semua bahan tadi. Jika nak campur telur, masukkan telur ke dalam tumisan tadi dan gaul hingga sebati dengan bahan tumis. Masukkan ajinomoto.

- Biarkan bahan tumis seketika hingga naik bau dan pecah minyak kemudian masukkan mee kuey teow. Gaul kesemua bahan hingga sebati. Biarkan mee korang masak sepenuhnya untuk seketika. Hidangkan dan makan.. heee


Jadi itulah dia resepi yang tak seberapa dari aku tadi.. sedap gitu.. korang cuba la.. bagi lah feedback sikit. Haha. Chow~