Facebook  Twitter  Instagram

Telur Rebus Masak Sos

Assalamualaikum semua. Baru berkesempatan nak menulis entri baru. Agak sibuk kebelakangan ni (sibuk la sangat). Disebabkan mood blogging pun hilang ditambah idea nak menulis entri baru pun macam nak tak nak je datang.. Kehkeh.. Hari ni nak kongsi gambar makanan! Tadi Zaki rajin masuk dapur, so masak yang simple je.



Tadaaaaaa! Inilah dia hasil merajinkan diri masuk dapur hari ni. Boleh lah, dari takda lauk untuk dijamah bersama dengan nasi. Tersangatlah mudah nak menyediakan masakan ni. Hari ni pun Zaki rasa terlebih rajin pulak. Resepinya sangat ringkas dan mudah untuk diikuti. Korang tengok di bawah..

Bahan-bahan

Telur ayam (ikut jumlah yang korang nak)
Sos cili 
Bawang merah
Bawang putih
Rempah 5 sekawan (rempah tumis)
Ajinomoto
Minyak masak (untuk menumis)

Cara-cara

1. Pastikan telur direbus terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak untuk menumis. 
3. Setelah panas, masukkan bahan tumisan tadi, bawang merah, bawang putih dan rempah tumis. Tumis sehingga naik bau.
4. Setelah naik bau, masukkan sos secukupnya. Biar seketika hingga pecah minyak. Masukkan ajinomoto ikut kesesuaian rasa masing-masing
5. Kemudian, bolehlah masukkan telur yang telah dikupas kulitnya. Boleh dimasukkan begitu saja atau dipotong dua mengikut kehendak masing-masing.
6. Gaul perlahan telur bersama dengan kuah sos hingga sebati ke semua bahagian telur. Sedia untuk dihidang!

Ha kan sangat mudah resepi telur masak sos ni. Korang pun bolehlah mencuba. Tak susah dan tak memerlukan banyak masa untuk disediakan. Selamat mencuba!