Facebook  Twitter  Instagram

Mimpi


Assalamualaikum semua. Semalam kan Zaki balik kampung dan penat driving masih terasa sampai sekarang ni. Patutlah banyak orang suka jadi penumpang bila jalan jauh.



Akibat daripada penat tersebut, Zaki telah bermimpi semalam. Hmm mimpi yang tak berapa nak best. Bukan tak best sebab apa, bangun je rasa macam real je mimpi tu tadi, masih rasa sedih sama macam dalam mimpi.

Betullah apa orang kata, kenangan, tak kira kenangan apa sekalipun, memang kita takkan dapat lupakan sampai bila-bila. Alangkah bagus jika dapat kembali ke detik itu semula.

Tak sangka boleh pulak bermimpi tentang kenangan bersama my best friend dulu, mimpi tentang ayah angkat yang dah lost contact, mimpikan kawan-kawan sePLKN dulu. Haih..tau-tau bangun, basah pipi.

Kehkeh..lucu pun ada bila difikirkan. Semuanya permainan minda. Tapi, memang betul, kalau dapat kembali ke detik itu semula, nak je. Jumpa kawan-kawan PLKN, jumpa my godfather, then  habiskan masa bersama my best friend.