Facebook  Twitter  Instagram

Bakal Berpindah Lagi (Part II)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menaip entri untuk santapan mata korang :D Selamat pagi dan selamat hari Selasa. Susulan entri tempoh hari Zaki berkenaan bakal berpindah, alhamdulillah dah jumpa rumah baru dan bakal berpindah dalam masa terdekat, seawal minggu depan atau hujung bulan ini.



Terima kasih berkat doa kawan-kawan, segalanya dipermudahkan buat Zaki dan keluarga. Harap lah lepas ni kalau dah berpindah rumah yang baru, tiada lagi kes yang sama berlaku. Actually, ini kes kedua yang sama dengan yang pertama sebelum berpindah ke rumah di mana Zaki tinggal sekarang dan sekarang juga kena berpindah atas sebab yang sama dengan kes yang pertama di rumah lama dulu. 

Tapi apa pun, syukur sebab dah jumpa rumah baru, dan bakal berpindah dalam masa terdekat. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak buat semua yang mendoakan.