Facebook  Twitter  Instagram

Dapat Tolong, Tapi Tak Mampu (Part II)

Assalamualaikum semua. Susulan entri tempoh hari berkenaan dengan "seseorang" yang memerlukan darah jenis A+ atau AB. Tadi, tengah belek-belek newsfeed Facebook, nampak pulak post baru pasal beliau.



Difahamkan yang beliau menghidapi penyakit leukemia stage 4. Dah bleeding dari telinga dan hidung. Nampak gayanya jumlah darah belum mencukupi atau belum ada penderma yang sesuai.

Terasa sebak sebab tak dapat membantu walaupun aku sendiri berdarah jenis A+. Memang susah nak gambarkan perasaan aku sekarang ni. Aku hanya mampu berdoa semoga beliau sembuh dan menjalani kehidupan seperti sediakala. 

Sama-sama kita berdoa semoga beliau mendapat darah tersebut dengan segera dan moga beliau sembuh seperti sediakala.