Facebook  Twitter  Instagram

Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum semua. Dah makan malam belum? Burpp kekenyangan. Rezeki yang tak seberapa, tapi alhamdulillah tambah 2 kali. Kehkeh.




Hasil merajinkan diri di dapur lagi petang tadi, dan tadaaa terhasillah satu hidangan yang menjadi kegemaran budak kecik pengaram jantung , Ayam Masak Kicap.

Tersangatlah mudah cara memasak hidangan yang mabeles, sedap hingga menjilat jari ni. Tak banyak bahan dan proses memasak juga senang.


Bahan-bahan

Ayam yang dipotong dadu
Kicap pekat manis
Ajinomoto
Minyak (untuk menumis)

Bahan Tumis

Bawang merah
Bawang putih
Bunga cengkih
Biji pelaga
Bunga lawang
Kayu manis

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumisan setelah minyak cukup panas.
2. Setelah naik bau, masukkan ayam dan gaul bersama bahan tumisan hingga sebati. Biar seketika. Boleh tambah air jika nak.
3. Masukkan kicap pekat manis secukupnya. Kemudian masukkan ajinomoto. Gaul sebati semuanya dan biar hingga masak sepenuhnya.
4. Sedia untuk dihidang. Dimakan bersama nasi putih.

Sangat mudah bukan? Korang pun bolehlah mencuba resepi yang ringkas, mudah dan sedap ni. Kehkeh, sedap tak sedap dah cuba baru tahu. Kalau ada resepi menarik, kongsilah jugak.