Assalamualaikum semua. Selamat petang. Zaki baru je balik dari kampung. Ada urusan di sekolah budak kecik pengaram jantung. Sebelum gerak ke kampung, sempat jugak hantar ayah pergi kerja.
Lepas siap hantar ayah pergi kerja terus pecut ke Shell yang berdekatan untuk isi minyak. Then berlalu pergi dari Shell, singgah pulak di Petronas -_- semata-mata nak setin air soya. Haha.
Dalam pukul 9.15 am. perjalanan pun bermula. Nasib la kampung tak jauh, dalam kurang dari 2 jam je. Tak boleh speeding sangat, jalan tak berapa elok. Alhamdulillah, before 11 am. dah sampai di sekolah budak kecik pengaram jantung.
Dah settle semua, terus singgah di rumah datuk Zaki. Makan semua siap, terus pergi pam tayar kereta. Then terus pecut balik Sibu dalam pukul 11.50 am. Disini segalanya bermula..jeng jeng jeng..jauh corner, baru sampai main story..ehehe
Bila perut kenyang, mata memang automatik memainkan peranannya. Tak gitu? KEhkeh. Setelah berlalu sejam, mata ni makin berat pulak rasa, sedangkan jam baru je pukul 1pm.
Ada lebih kurang 30 minit nak sampai Sibu, mata ni makin mengantuk! Arghh ini tak boleh jadi. Taknak insiden sama berlaku.. Before ni, 2 kali hampir terbabas sebab mengantuk dan tertido semasa tengah memandu.
Tapi hari ni, buat keputusan untuk stop di tepi jalan walaupun ada 15 minit lagi nak sampai Sibu. So Zaki stop kejap dan lelapkan mata sebentar..ada dalam 5 - 7 minit jugak terlelap. kahkah.. ngantuk gilerrrrr! Then bangun terus cuci muka, tapi still ngantuk..Continue aja lah sampai ke rumah.. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi..
Apa yang Zaki nak sampaikan disini adalah, kalau mengantuk, berhentilah dulu, take your time untuk lelap sekejap. Jangan memandu sambil mengantuk..Sangat bahaya dan juga boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kehkeh..ingat pesanan penaja, pandu cermat, jiwa selamat. Haha! Chow~
No comments:
Post a Comment
Dah baca, feel free to comment !