Facebook  Twitter  Instagram

Sarapan, Nasi Lemak

Assalamualaikum semua. Selamat pagi yang tak berapa nak pagi.. Hari ni Zaki sarapan makanan yang agak popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia, iaitu Nasi Lemak. Tapi sejauh manakah korang tau tentang nasi lemak dan pembungkusannya?



Kebanyakan bungkusan nasi lemak adalah di dalam kertas bukan? Ada juga di dalam bungkusan khas untuk membungkus makanan. Namun, berbeza dengan bungkusan di Sarawak.

Kebanyakan nasi lemak dibungkus demikian rupa seperti di dalam gambar di atas yang korang boleh tengok. Pernah juga kawan Zaki di laman sosial Facebook berkata, pertama kali dia melihat nasi lemak dibungkus sedemikian.

Mungkin betul, ada yang tak pernah nampak atau mempunyai pengalaman melihat pembungkusan seperti ini, tapi yang pasti, kalau korang pernah ke Sibu, Sarawak, korang akan dapat lihat hampir semua tempat gerai yang ada menjual nasi lemak kebanyakannya menggunakan bungkusan seperti di atas. 

Unik dan agak pelik bagi yang tak pernah lihat. Tapi itulah dia, cara pembungkusan nasi lemak di Sibu sejak dari Zaki masih bergelar budak kecik lagi. Tempat korang pulak macam mana?