Facebook  Twitter  Instagram

Perginya Nurhakim bin Ramali


Assalamualaikum semua. Ingat lagi tak korang dengan entri-entri aku sebelum ni berkenaan seorang hamba Allah ni yang memerlukan darah jenis A+? DIa menghidap penyakit leukemia stage 4.


Pada awal pagi semalam jam 2.40am, beliau, Nurhakim bin Ramali telah kembali kepada penciptanya. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah untuk beliau dan moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Walaupun aku tidak mengenali beliau secara individu semasa hayatnya, namun sepanjang pertarungan dia hingga ke hembusan nafas terakhir, aku memang sentiasa merujuk Facebook salah seorang daripada rakan Facebook aku berkenaan diri beliau.

Agak terkilan dan terasa kehilangan sebab tak dapat membantu semasa beliau memerlukan. Hanya mampu berdoa agar Allah S.w.t menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman serta diampunkan dosa-dosa lampau beliau. Harap sahabat handai dan juga kaum keluarga beliau tabah menghadapi ujian dari Allah yang sangat besar ini. Sekali lagi, Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !