Punyalah "jammed" jalan bila tiba hari minggu. Kalau boleh, park keta kat satu tempat then jalan kaki je. Dah puas pushing keliling bandar apa lagi balik la.
Alangkah gembira rasa hati bila balik dari pasar terus jumpa "spot" untuk parking keta. Dah siap parking terus angkut barang naik rumah kedai yang disewa bersama family.
OK part yang nak mula saspen, DVD yang dibeli tertinggal dalam drawer keta! Arghh malas nak turun bawah pegi kat keta ambik balik. Ok makan lah dulu..
Alhamdulillah selesai makan aku pun basuh pinggan semua. Dah siap semua, aku tengok abang aku pun dah "ready" nak turun ke gym. Jadi aku pun segeralah turun ke bawah nak ambil DVD kat dalam keta. Abang aku pun muncul selang beberapa minit kemudian.
Kunci keta aku "pass"kan kat dia Dan..jeng jeng jeng! Terdengar suara abang aku memanggil aku dan bertanya, "apahal ni!??".. Aku pun pergi lihat dan alangkah terkejut bila tengok "bumper" depan keta calar dengan cat warna biru.
Hati pun dah cuak sebab masa kat pasar memang park tepi je tunggu ayah aku beli barang. Kalau ada orang langgar pun mesti aku perasan. Dalam hati aku berkata, "tak guna betul orang ni".. Aku yakin keta abang aku calar selepas aku park kat situ dan naik atas tadi.
Abang aku apa lagi, muka dah macam ribut petir nak melanda je. Lepas tu dia pun blah dengan perasaan marah. Aku pun naik atas dan bercerita kat ayah aku. Entahlah nak marah pun susah, benda dah terjadi dan orang yang penyebab pun tak tau sapa. Redha? Hmm memang terpaksa redha je lah. Lain lah kalau tau sapa yang langgar sampai calar. Haish nasib nasib..
Ayam Butter Pelbagai Rasa
Oklah korang..sekadar nak berkongsi resipi yang aku but sendiri. Harum wangi sedap pappp gitu..oklah resipi ni aku ubah sikit dari resipi yg aku search dari encik Google.. Jadi bahan-bahannya adalah seperti berikut;-
Bahan utama:-
Ayam yg dipotong dadu (dada ayam)
Bahan Tumis:-
4-5 ulas bawang putih(ditumbuk)
4-5 ulas bawang merah(ditumbuk)
Halia dlm 3-4 sentimeter(ditumbuk)
Kunyit segar (ditumbuk)
Bunga cengkih
Biji pelaga
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Air asam jawa
Garam
Ajinomoto
Butter
Bahan hiasan:-
1 ulas bawang besar
Cili merah@hijau
Halia (dihiris)
Cara memasak;-
1. Tumis bahan-bahan yg ditumbuk bersama tadi menggunakan butter. Halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit.
2. Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan ayam-ayam kedalam periuk dan Gaul hingga sebati. Biarkan selama 20 minit atau lebih. Kekalkan api yg sederhana kuat. Tutup guna penutup periuk supaya ayam masak lebih cepat.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan juga masukkan sekali bahan hiasan tadi.
4. Gaul dan biarkan ayam hingga betul-betul masak. Setelah masak bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba!!
Rolled omelette with lime butter sauce
Semenjak mengamalkan diet Atkins rajin pulak aku masak pelbagai jenis masakan. Haaa antaranya ni.."rolled omelette with lime butter sauce".
Resipi omelette ni simple je. Kalau korang x reti masak pun boleh but ha..OK resipi dia mcm ni;-
Untuk omelette sangat senang;-
2 - 3 biji telur
Garam secukup rasa (xnak letak pun xpa)
Cara-cara:-
1. Panaskan kuali yang diisi minyak masak @ olive oil.
2. Pastikan api sederhana kuat.
3. Tuang telur ke dalam kuali dan biar seketika tapi jangan terlalu lama nanti hangus.
4. Setelah siap hidangkan bersama sos tadi.
Ini until resipi lime butter sauce.
Ini adalah resipi yg aku dapat dari encik Google. Silakan mencuba ye korang. X rugi pun. Sedap dimakan begitu saja.








