Facebook  Twitter  Instagram

Apa-Apa Aja

OK, aku sebenarnya tak tahu nak post apa kat blog aku ni. By the way , Assalamualaikum dan selamat pagi. OK lah aku nak cerita sikit pasal tempat kerja kelmarin.

Dari pagi tu memang tak ada customer yang singgah kat kedai tempat aku bekerja. So, seperti biasa aku hanya melepak dan menghabiskan masa di depan laptop aku. Bukan kata tak ada langsung yang singgah kat kedai lah, yang singgah hanya nak, I just have a look dan blah meninggalkan kedai.

Memang agak stress lah kan, customer tak ada. Para-para majikan pun susah nak tengok prestasi kita macam mana. So sepanjang pagi tu, tunggu je lah, sampai tengah hari. Alhamdulillah ada jugak customer yang singgah dan beli 2 unit Notebook. Mula-mula rasa macam tak percaya je dia nak beli 2 unit. Kesungguhan dan kepastian nak tahu betul ke tak dia nak beli 2 unit tu memang menebal. Aku pun dengan confident tanya kat dia, "betul ke nak beli 2?". Dengan confident jugak, "ye lah".


Jadi aku sediakan la semua free gift apa-apa yang patut diberi kat dia. Lepas terima semua barang dari aku dia pun blah meninggalkann kedai. Malam nya pulak, customer yang tengah hari tadi datang balik kat kedai dan bawa ahli keluarga yang lain. Rasa macam tak percaya, dia orang beli seunit lagi. Alhamdulillah terjual lagi sebuah unit notebook.

Nak jugak cerita pasal majikan aku yang datang masa tu, tapi malas lah nak cerita. Aku pun dah tak ada idea nak tarok apa kat sini. Kejap lagi nak bersiap-siap keluar. See you guys next time aja lah. Assalamualaikum.