Facebook  Twitter  Instagram

Musim Sakit

Assalamualaikum semua. Sekarang ni musim sakit. Demam lah, kes selesema burung lah. Macam - macam lagi lah kalau nak disenaraikan. Jadi secara amnya semua orang tak terlepas daripada sakit ni. Tetapi bergantung juga dengan ketahanan sistem imun badan seseorang itu.

Zaki dan adik Zaki pun dah demam jugak sekarang ni. Adik Zaki mula demam hari Ahad yang lepas. Hari ni dah masuk hari keempat. Dia punya panas on and off tapi bukan panas yang berpanjangan. Maybe disebabkan adik Zaki seorang OKU (down's syndrome) so antibodi dia tak kuat untuk melawan demam tu.

Dah bawa pergi klinik dam doktor check suhu badan cuma slightly panas sikit dari suhu demam mengikut suhu demam yang kebiasaannya 37.6 .. suhu demam biasanya 37.5 so consider lebih sedikit.

Harini pulak terpaksa ambik darah di hospital untuk temujanji dengan doktor 28/4 ni. Harap-harap dalam beberapa hari ni sembuhlah dia dari demam. Zaki ni demam-demam pun terpaksa kuatkan diri uruskan adik. Kalau diturutkan sangat makin teruk demam nanti.

Korang kat luar sana tu kenalah jaga diri dan keluarga dengan baik. Musim sakit macam ni dia tak kira tua ke muda kalau nak sakit. Minum air secukupnya especially kalau cuaca panas melampau. Harap korang doakan semoga adik Zaki cepat sembuh ye. Terima kasih.