Facebook  Twitter  Instagram

♡ⓢⓐⓗⓐⓑⓐⓣ♡

- Setiap seorang dari anda sudah mempunyai sahabat. Mustahil bagi seseorang itu untuk tidak mempunyai sahabat.

"SAHABAT"

- Apa yang anda tahu erti sebenar sahabat? Sahabat di dunia ni ada macam-macam jenis. Ada yang baik, dan ada juga yang jahat, dan dalam banyak-banyak sahabat bukan semua yang dapat kita percayai. Betul atau tidak? Well, itu semua hak masing-masing untuk menilai. Persoalan tentang itu hanya diri anda sendiri dapat rungkaikan.

So, beralih balik tentang "sahabat" ini tadi. Adakah semua daripada "sahabat" anda merupakan "sahabat" baik dan akrab atau ada yang sudah menjadi "sahabat" yang istimewa? Atau juga ada daripada "sahabat" anda itu yang anda benci atas sebab-sebab tertentu.

Ada segelintir orang ingin ber"sahabat" dengan seseorang itu atas sebab, sama ada baik mahupun dengan tujuan yang buruk. Namun semua ini sudah menjadi lumrah dalam persahabatan. Jarang ada persahabatan yang kekal melainkan persahabatan tersebut terlerai menjadi sebuah ikatan (tapi hanya ikatan antara lelaki dan wanita sahaja. Kalau lelaki dan lelaki, wanita dan wanita, itu sudah menjadi sebaliknya ^^v)

So, berkawanlah seikhlas hati tanpa mengharap apa-apa sebagai balasan dan bukan dengan tujuan yang tertentu untuk berkawan dengan seseorang itu.
(well, saya dah tak tahu nak tambah apa-apa lagi. Hahaha..)

¤ sekadar nota untuk semua ¤

No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !