Facebook  Twitter  Instagram

Sigh.. I always do this

Smile is an expression of happiness or an indication of pleasure at witnessing something. A smile always has the warmth or charm which makes it seem quite genuine and authentic. People generally smile when they are extremely happy and in a state of bliss. But sometimes an evergreen smiling person may have worm-like troubles gnawing at his very existence and an idiotic person may be blissfully happy. In such a case, smile may be deceiving and is said to be a fake or superficial smile. In other cases, a smile is considered fake when you make a smile on seeing someone whom you have a strong dislike for and detest like anything. For example, when you smile on seeing a raging whore or your creepy boyfriend, it is actually a made up or fake smile. Quote anonymous, “A true friend is someone that sees the pain in your eyes, unlike the other people who believe the fake smile on your face.




It is so true







HanyaNukilanJiwa

Entah Kenapa

Salam diucap pembuka bicara.. bicara tentang sikap manusia, susah lah nak cakap. Banyak sangat ragam  sampaikan tak tahu macam mana nak cakap dah. OK malas nak citer panjang-panjang .. So, ENTAH KENAPA..

Entah kenapa, kamilah hidupmu, kamilah nyawamu..dan sekarang, seolah-olah kamilah penyekatmu untuk melakukan apa-apa saja. Tidakkah kau menyayangi kami lagi?? Sering aku bertanya pada diri sendiri, apa salah dan silap yang telah kami lakukan..andai benar kami telah melakukan kesilapan, bagi tahu kepada kami supaya kami membetulkan apa yang silap tu.

Hari demi hari, kau semakin menjauh dari hidup kami..sikapmu semakin dingin. Bila berkumpul bersama apabila menonton TV dan seumpamanya, seolah-olah kami tidak wujud di sekelilingmu, bagaikan kau berada di duniamu sendiri.

Tidak cukupkah derita dan kesedihan yang telah kau berikan kepada kami suatu ketika dahulu?? Tidakkah kau kasihan?? Atau terlalu beratkah permintaan kami, untuk merasa kasih sayangmu?? Adakah itu sebabnya mengapa kau berubah sedemikian rupa??

Seringku berdoa kepada ALLAH S.W.T semoga kita kembali ceria, dan bersama seperti dulu kala. Tapi, aku tak pasti jika doaku dimakbulkan olehNYA. Aku hanya mampu berharap dan terus berdoa kepadaNYA. Aku tak sanggup lagi menanggung derita dan kesedihan yang sama.

♨ HatiKecilKuBerkata♨

♡ⓢⓐⓗⓐⓑⓐⓣ♡

- Setiap seorang dari anda sudah mempunyai sahabat. Mustahil bagi seseorang itu untuk tidak mempunyai sahabat.

"SAHABAT"

- Apa yang anda tahu erti sebenar sahabat? Sahabat di dunia ni ada macam-macam jenis. Ada yang baik, dan ada juga yang jahat, dan dalam banyak-banyak sahabat bukan semua yang dapat kita percayai. Betul atau tidak? Well, itu semua hak masing-masing untuk menilai. Persoalan tentang itu hanya diri anda sendiri dapat rungkaikan.

So, beralih balik tentang "sahabat" ini tadi. Adakah semua daripada "sahabat" anda merupakan "sahabat" baik dan akrab atau ada yang sudah menjadi "sahabat" yang istimewa? Atau juga ada daripada "sahabat" anda itu yang anda benci atas sebab-sebab tertentu.

Ada segelintir orang ingin ber"sahabat" dengan seseorang itu atas sebab, sama ada baik mahupun dengan tujuan yang buruk. Namun semua ini sudah menjadi lumrah dalam persahabatan. Jarang ada persahabatan yang kekal melainkan persahabatan tersebut terlerai menjadi sebuah ikatan (tapi hanya ikatan antara lelaki dan wanita sahaja. Kalau lelaki dan lelaki, wanita dan wanita, itu sudah menjadi sebaliknya ^^v)

So, berkawanlah seikhlas hati tanpa mengharap apa-apa sebagai balasan dan bukan dengan tujuan yang tertentu untuk berkawan dengan seseorang itu.
(well, saya dah tak tahu nak tambah apa-apa lagi. Hahaha..)

¤ sekadar nota untuk semua ¤

setelah sekian lama..

Assalamualaikum..

Hurmm baru hari ni update post lagi setelah beberapa hari tak update apa-apa kat sini..
ok.. nak citer lah siket .. setelah sekian lamanya... hehehe.. ( sorry excited nak citer, hahaha )

ok gini citer nya... setelah beberapa tahun aku berjiran ngan jiran aku ni, baru 2-3 hari lepas aku akhirnya berjaya... haaaaa jeng jeng jeng... berjaya apa? 

ok lah meh aku citer, aku akhirnya dah berjaya "pinjam" wifi dari jiran aku.. ye lah selama ni, dia dekut taknak kasi password kan.. padan muke, buekkk :P jangan marah naa jiran..
walaupun coverage tak kuat, tapi "terima kasih" lah jiran, laju jugak ko punya wifi, hehehe..

lepas ni bole la nak unlimited download kan kan kan kan?? Hahaha entah apa-apa dah aku post kat sini.. ok lah ada masa aku update lagi ek, tu je lah citer nya, jangan mintak lebih-lebih.. zassssss...
 

Terasa kehilangan

Assalamualaikum .. Baru je belek-belek blog blogger lain. Tadi telah pun singgah di blog seseorang yang bernama Wan. Post dia pasal arwah Yasmin seorang blogger juga yang telah kembali kepadaNYA. Memang jujur aku katakan, terasa kehilangan seorang kawan, kawan yang sangat rapat dengan aku.

Entah kenapa, aku tak pernah mengenali arwah, tapi seolah-olah, aku sudah mengenalinya dengan sangat lama. Jika tidak ternampak post di Facebook mengenai pemergian arwah, aku tidak akan pernah mengetahui pasal diri arwah dan juga blognya.

Dari blog arwah, ibunya telah update post-post di situ, aku telah pun membaca segalanya yang ada di dalam blog arwah, dan terasa sedih bila membaca post-post dari ibu arwah. Ibu mana tidak sedih kehilangan seorang anak yang tersayang.

Namun begitu, walaupun arwah telah pergi meninggalkan kita, arwah sentiasa ada di hati kita dan juga keluarganya. Di sini, saya ucapkan takziah lagi buat keluarga arwah. Insya'ALLAH aku akan buat blog aku secantik blog arwah..

*Jangan ditangisi pemergiannya, tapi hargai setiap kenangan yang ada bersamanya dulu*

No Idea

As'salam.. Bercakap tentang tak ada idea, aku memang dah tak ada idea macam mana nak kasi aku punya blog nampak HOT. Hurm entah lah, budak baru belajar lah katakan.

Dari pagi, sampai lah sekarang ni, aku dah rujuk pelbagai sumber, tapi masih tak menjadi jugak nak mengHOTkan blog aku ni. Tapi tak apa , ada perubahan pada template. Kah kah kah kah

Kalau ada sesapa yang sudi ajar lah macam mana nak kasi blog aku ni jadi HOT, dipersilakan lah ye. Hi hi hi. Tak apa lah kan, lambat laun aku pasti boleh, insya'ALLAH.. 

Sebelum nak pergi sleep ni, saja lah update post ni, kira nak penuhkan "sampah" kat blog aku ni. Walaupun aku tahu tak ada orang yang nak tengok "sampah" aku ni kan. Hahahaha. OK lah, esok-esok, insya'ALLAH aku akan update lagi kat sini.


Sleep and dreaming about YOU. But who are You? Hahaha =)

Apa-Apa Aja

OK, aku sebenarnya tak tahu nak post apa kat blog aku ni. By the way , Assalamualaikum dan selamat pagi. OK lah aku nak cerita sikit pasal tempat kerja kelmarin.

Dari pagi tu memang tak ada customer yang singgah kat kedai tempat aku bekerja. So, seperti biasa aku hanya melepak dan menghabiskan masa di depan laptop aku. Bukan kata tak ada langsung yang singgah kat kedai lah, yang singgah hanya nak, I just have a look dan blah meninggalkan kedai.

Memang agak stress lah kan, customer tak ada. Para-para majikan pun susah nak tengok prestasi kita macam mana. So sepanjang pagi tu, tunggu je lah, sampai tengah hari. Alhamdulillah ada jugak customer yang singgah dan beli 2 unit Notebook. Mula-mula rasa macam tak percaya je dia nak beli 2 unit. Kesungguhan dan kepastian nak tahu betul ke tak dia nak beli 2 unit tu memang menebal. Aku pun dengan confident tanya kat dia, "betul ke nak beli 2?". Dengan confident jugak, "ye lah".


Jadi aku sediakan la semua free gift apa-apa yang patut diberi kat dia. Lepas terima semua barang dari aku dia pun blah meninggalkann kedai. Malam nya pulak, customer yang tengah hari tadi datang balik kat kedai dan bawa ahli keluarga yang lain. Rasa macam tak percaya, dia orang beli seunit lagi. Alhamdulillah terjual lagi sebuah unit notebook.

Nak jugak cerita pasal majikan aku yang datang masa tu, tapi malas lah nak cerita. Aku pun dah tak ada idea nak tarok apa kat sini. Kejap lagi nak bersiap-siap keluar. See you guys next time aja lah. Assalamualaikum.





Bila Jari-Jariku Mula Menaip

Assalamualaikum, dan salam sejahtera didahulukan. Setelah sekian lama, tercapai juga hasrat nak "berblogging" ni. Bukan tak pandai kan, tapi malas nak "discover" benda-benda yang ada kat dalam ni.
Bila tengok dan baca blog-blog yang ada, rasa nak mempunyai blog sendiri tu memang menebal. So, hasilnya "tadaaaaaa" aku dah ada blog sendiri. OK malas nak cerita banyak la, setakat ni je dulu. Insya'ALLAH lepas ni aku akan update blog aku dengan kerap. Salam perkenalan dari diriku, Zack.