Facebook  Twitter  Instagram

Borneo Cultural Festival!


Borneo Cultural Festival ni diadakan di bandar Sibu, Sarawak pada setiap tahun. Festival yang sering dinanti-nantikan oleh orang ramai di mana pelbagai gerai makanan dan pendedahan etnik-etnik yang pelbagai yang terdapat di bandar Sibu dan mewakili seluruh Sarawak. Terdapat struktur pondok yang dibina "exactly" sama macam rumah-rumah penduduk pribumi Sarawak seperti rumah panjang orang Iban, rumah orang Melanau, rumah orang Cina, dan rumah orang Melayu.

Ianya suatu festival yang penuh warna warni dan sangat bagus untuk generasi masa kini. Mereka boleh melihat dan mengenal adat-adat dan rupa kaum pribumi Sarawak dalam pakaian tradisional mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BCF, sila rujuk sini.

Bagi diri aku pulak, lama dah tak menjejakkan kaki ke BCF ni. Bukan apa, ramai sangat orang. Nak cari parking satu hal, belum lagi keselamatan kita daripada diragut dalam kesesakan orang ramai. Macam-macam hal boleh berlaku. Jadi aku putuskan untuk berada di rumah je sepanjang festival ini berlangsung.

Bagi orang-orang yang berada di luar kawasan Sibu, mungkin korang baru pertama kali dengar pasal BCF ni. Jadi rajin-rajinlah rujuk link yang dihighlight kat atas tu. Ada rezeki boleh lah melawat Sibu ye kawan-kawan. Heeeee..




No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !