Facebook  Twitter  Instagram

Resipi Ayam Masak Kicap Halia Berkuah

Assalamualaikum u'olls.. Haaaa masak punya masak..dah siap masak..alih-alih nak makan..tengok dalam periuk nasi...alamak!! Sejemput je tinggal..aisehhh..tergendala niat nak mengisi perut untuk lunch yang agak lambat bagi aku.. Haaaa sementara tunggu nasi masak..meh aku share sikit resipi yang tak seberapa aku ni..tengok kat bawah hasilnya tadi berserta resipi.. Hehehehe


Resipi ni sangat simple dan menjimatkan masa..ok anda sedia nak tahu resipi ni???

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam / 1 Dada ayam (dipotong ikut saiz yang disuka)
7 ulas bawang merah 
7 ulas bawang putih 
4cm halia (nak lebih pun boleh)
1 batang serai 
Kicap pekat manis
Sos tiram (saya tak pakai, tapi resipi memang ada letak)
Gula
Asam keping (2 keping)
Garam (optional)


Cara-cara memasak

1. Kesemua bahan bawang merah, bawang putih, halia, serai tadi di blend bersama ataupun boleh juga ditumbuk hingga halus bersama.

2. Setelah siap, panaskan kuali atau apa-apa perkakas yang anda gunakan dengan minyak masak dan masukkan bahan-bahan yang di blend tadi.

3. Tumis hingga pecah minyak. Boleh masukkan sedikit air kalau nak kuah lebih. Lepas minyak dah naik, masukkan asam keping tadi dan tumis lagi hingga bahan-bahan tumis mengering sedikit.

4. Masukkan ayam dan gaul bersama hingga rata ke seluruh ayam. Biarkan selama 10-12 minit hingga ayam berubah warna dan sedikit empuk.

5. Kemudian, boleh masukkan kicap manis ikut citarasa sendiri sedikit atau banyak. Masukkan sos tiram sedikit. Tak guna pun tak apa. Masukkan juga 1-2 sudu gula ke dalam masakan. Boleh tambah lagi sedikit air jika mahu. Biarkan ayam masak sepenuhnya.

6. Bahan hiasan boleh guna cili merah/hijau, bawang besar dan juga kentang.

Oklah u'olls itu je.. Simple kan?? Bolehlah dicuba resipi ini.. Selamat mencuba u'olls..

8 comments:

  1. wah, nampak menyelerakan panas-panas macam tuh.
    boleh try ni.

    ReplyDelete
  2. wahhh sodap ni..bolehlah try arini :D

    ReplyDelete
  3. hahahha tempting sebab ada masam2 asam keping !
    ayam bolehlaa masak, daging wa failed... ngahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala daging lu rebus je kasi empuk gitu.. He he..pastu masak ahh

      Delete
  4. wuiihhh,,berasap...dh la lom sarapn lg nehh...
    follower #33

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe berasap tu yg bikin hati berkocak nak makan.. Haha.. Terima Kasih dah follow n singgah..akan difollow balik.

      Delete

Dah baca, feel free to comment !