Facebook  Twitter  Instagram

Berhati-hati - Unknown Number!


Mesti korang pernah dengar kes-kes penipuan melalui panggilan telefon yang agak popular dalam kategori jenayah siber.
Ni ha aku sering dapat panggilan dari nombor seperti yang di atas. Jauh tu Cyprus. Entah sapa lah yang call dari sana. Haha.

Anyway just reminder untuk korang-korang di luar sana, berhati-hati dan jangan sesekali jawab nombor seperti yang di atas.. Sekalipun tertera dari Malaysia pun, kita tak tahu nombor tu mungkin disalahgunakan untuk menipu. Tak salah berprasangka buruk sesekali. Hahaha. Untuk kesenangan dan kesejahteraan kita sendiri. Rugi worrr kerugian kredit..

Actually bukan sekali ni aku dah pernah dihubungi oleh nombor-nombor seperti nombor di atas, agak banyak lah jugak. Tapi aku ni memang jenis yang tak suka menjawab panggilan daripada nombor yang tak dikenali. Ada sedikit info mengenai nombor-nombor seperti di atas dan seangkatan dengannya. Rujuk gambar di bawah.



Harap lepas ni tak ada yang menjadi mangsa penipuan jenayah siber yang akan menelan kredit phone korang sampai habis. Ingatkan keluarga dan saudara-mara terdekat mengenai perkara ni. Sama-sama kita mengelakkan diri daripada terperangkap dengan penjenayah-penjenayah siber di luar sana. Chau!