Facebook  Twitter  Instagram

Kebiasaan atau tidak??


Assalamualaikum..selamat pagi semua. Has nampak kan roti celur telur kat atas tu?? Tu je la sarapan aku pagi ni.. Seperti orang bujang yang lain, buat sarapan simple-simple je.. Adakah kebiasaan bagi aku?? Ohh sudah semestinya tidak..sebab aku kadang-kadang tak bersarapan dan hanya bersarapan dengan minum je even sarapan asas penting memulakan hari yang ceria..cewahh..

Mungkin bagi kebanyakan orang bujang dan dara ni, kebiasaan bagi mereka menyediakan sarapan sesimple ini.. Tapi aku pasti jugak ramai si bujang dan dara yang memastikan sarapan adalah suatu kepentingan..yang dah berkeluarga lagilah kena pastikan sarapan pagi suatu yang meriah. Gitu..

Alang-alang dah bercerita pasal sarapan ni, make sure korang ambik sarapan setiap pagi sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Kalau kita bersarapan dah pasti tak merasa lapar. Otak pun berfungsi dengan bail dan secara tak langsung menambahbaikkan prestasi dan mutu kerja kita. Haaa..dah macam pakar lak..

Oklah korang..aku nak habiskan sarapan aku..korang tu jangan tak bersarapan..sampai disini dululah entri aku untuk pagi ni. Chau!