Facebook  Twitter  Instagram

Usaha tangga kejayaan!

Fuhh penat lah nak cantikkan blog..tapi aku tetap memastikan blog aku sesimple yang mungkin. Masih banyak yang perlu aku pelajari, tapi dengan sapa aku nak belajar?

Adakah aku perlu belajar dengan seseorang yang dah berkecimpung lama dalam blogging ni? Atau adakah aku perlu berdikari sendiri dengan merujuk sumber-sumber yang ada seperti Google?

Sejujurnya aku nak belajar dari seseorang yang dah lama dalam dunia blog ni, walaupun aku boleh merujuk Google untuk segala yang aku perlukan. Tapi benda-benda do Google ni terlampau banyak sehinggakan aku rambang mata.

Tapi tak mengapa sebab hari ni aku belajar buat header blog menggunakan photo yang aku edit sendiri menggunakan Photoshop. Hasilnya agak memuaskan. Itulah orang kata, "usaha tangga kejayaan". Aku yakin, dengan kecekalan dan kesungguhan untuk mencantikkan blog aku, aku pasti boleh. Bak kata orang "slow and steady". Aku akan cuba manfaatkan sumber-sumber yang ada dan belajar semuanya dari situ! Jia you!!