Facebook  Twitter  Instagram

Ayam Butter Pelbagai Rasa


Oklah korang..sekadar nak berkongsi resipi yang aku but sendiri. Harum wangi sedap pappp gitu..oklah resipi ni aku ubah sikit dari resipi yg aku search dari encik Google.. Jadi bahan-bahannya adalah seperti berikut;-

Bahan utama:-
Ayam yg dipotong dadu (dada ayam)

Bahan Tumis:-

4-5 ulas bawang putih(ditumbuk)
4-5 ulas bawang merah(ditumbuk)
Halia dlm 3-4 sentimeter(ditumbuk)
Kunyit segar (ditumbuk)
Bunga cengkih
Biji pelaga
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Air asam jawa
Garam
Ajinomoto
Butter

Bahan hiasan:-

1 ulas bawang besar
Cili merah@hijau
Halia (dihiris)

Cara memasak;-

1. Tumis bahan-bahan yg ditumbuk bersama tadi menggunakan butter. Halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit.
2. Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan ayam-ayam kedalam periuk dan Gaul hingga sebati. Biarkan selama 20 minit atau lebih. Kekalkan api yg sederhana kuat. Tutup guna penutup periuk supaya ayam masak lebih cepat.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan juga masukkan sekali bahan hiasan tadi.
4. Gaul dan biarkan ayam hingga betul-betul masak. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!!

1 comment:

Dah baca, feel free to comment !