Facebook  Twitter  Instagram

Hati Lembu Masak Kicap

Haaaaiiiii!! Aku tau rata-rata korang kat sini suka makan kan!! Hahaha!! Dah agak dah! Ok aku baru je selesai mentedarah hati lembu masak kicap! Perghhh manyak sidap ooo!! Haaa meh-meh aku kongsi resipi yang tak seberapa ni dengan korang...kejap tau..sabar yeeee.. Ok sila rujuk gambar bagi nafsu makan korang menggelegak jap! Heeee


Tadaaaaaa!! Inilah hasilnya tadi apa yang aku makan untuk makan malam.. So dah sedia untuk resipinya?? Ok jom mula..

Bahan-bahan

6-7 ulas bawang merah
6-7 bawang putih
3-4 sentimeter halia
Cili hidup/kering
Asam jawa
Hati lembu (terpulang nak buat banyak atau sikit)
Serai
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Biji pelaga
Kicap manis
Garam
Ajinomoto (optional)


Cara memasak

1. Kesemua bahan bawang merah, bawang putih, halia dan juga cili tadi ditumbuk/dikisar bersama. Panaskan minyak dalam kuantiti yang lebih sedikit. Setelah itu, tumis kesemuanya bersama-sama dengan rempah ratus dan serai seperti yang dicatat di atas..

2. Tumis hingga naik bau. Selepas itu, tuangkan hati lembu tadi ke dalam kuali/perkakas yang anda gunakan. Tumis hingga bahan-bahan tumisan tadi sedikit kekeringan dan warna hati lembu nampak sedikit caramelized.

3. Kemudian tuangkan kicap mengikut kuantiti yang anda sendiri inginkan. Masukkan asam jawa mengikut kuantiti yang anda inginkan juga dan tumis hingga betul-betul pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika terlalu kering.

4. Masukkan juga garam dan ajinomoto ikut kesedapan mulut anda sendiri dan biarkan masakan anda masak sepenuhnya. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dan voilĂ !! Sedia untuk dimakan! 

Heeeeee!! Selamat mencuba ye u'olls!! 

12 comments:

  1. Hati lembu ni kena basuh sampai hilang baunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib ke? Xtau plak..sy basuh dlm 3,4 kali lepas potong kiub.. Td mkn ok je.. Hehe

      Delete
  2. feveret ni !! adoi wa sejak kawin tak dapat makan hati lembu ni... sebab in law wa macam tak suka je... tapi feveretttttttt sangat !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhh rugi beb xdpt mkn.. Haha.. Lama xpkena lauk gini.. Sedap hingga jilat jari kaki.. Heeee

      Delete
  3. zack, kmk nang sik pandey lah makan hati... huhuh.. tapi ingin juak nak encoba..

    kmk dah follow k.. kelak jemput kat blog kmk k. sudi2 lah follow..
    salam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyaman bha hati tok.. Coba jak jgn nisik..dah follow..ngeeeee

      Delete
  4. Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari segmen Nak URL Blog #10 by mialiana.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete

Dah baca, feel free to comment !