Facebook  Twitter  Instagram

Bahaya Lif Lama

Assalamualaikum semua. Selamat pagi semuanya. Fuh masih vibrate kepala lutut ni. Jantung berdegup kencang. Alhamdulillah, syukur Allah masih sayang.


Al kisah pagi ni, masa pergi beli kek lapis untuk dikirim kepada Acik Watie, aku park lah kereta dekat parking SMC , "Sibu Municipal Council". Turun naik memang guna lif, ada juga tangga disediakan. Tetapi disebabkan park kereta di tingkat atas, terpaksa guna lif.

Masa balik beli kek lapis tu, nak naik balik ke tingkat tempat park kereta, masa tu lah benda yang sungguh "horrifying" terjadi. Sepatutnya , lif ni kalau kita tekan butang lif tu, dia akan sentiasa terbuka kan? Tapi yang lif aku pakai tadi, aku tekan tekan tekan masih jugak pintunya menutupkan diri. Nasib la aku sempat tarik adik aku keluar daripada dihimpit dek pintu lif.

Mujur, aku pimpin tangan dia masa nak masuk lif, kalau tak, tak tahu lah macam mana tadi. Apa punya lif punya service macam tu. Aku tak tahu la, sebelum kejadian aku tadi, maybe orang lain pun pernah jugak terkena. Rasa macam nak pergi buat report kat management mereka. Bahaya kepada orang ramai especially kalau ada warga emas yang berjalan perlahan. Bayangkan dia jalan perlahan masuk lif masa pintu tengah buka, then pintu tutup dan kita tekan button lif tu macam takda kesan je.

Haih, memang kecewa dengan management yang handle maintenance lif tu sebab gagal menyediakan kemudahan yang berfungsi dengan baik, selamat dan mesra alam. Rasa macam trauma pulak nak pakai lif dah lepas ni.

Nasihat aku, hati-hati masa naik lif. Malang tak berbau, tapi kentut memang sudah pasti berbau! Dan perlulah lebih alert ye terutama yang ada anak kecil tu.