Facebook  Twitter  Instagram

Senarai Peserta Dah Update


Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Ok first of all, aku nak minta maaf kat korang yang dah join awal, tapi tiba-tiba korang nampak link entri korang berada di belakang bukan? Ok, ada masalah teknikal sedikit. Sebab kebiasaannya aku menggunakan smartphone aku untuk blogging, jadi semua comment aku dapat view. Tak tahu pulak, bila nak update senarai peserta guna laptop, tengok ruangan komen macam sikit dari yang sepatutnya.


Rupa-rupanya, ada beberapa entri link masuk ke ruangan hidden comment. Aku tak tahu kenapa, dan disebabkan itu, ada yang dah komen awal, ada yang sehari lepas, aku baru perasan komen-komen disitu. But anyway, aku dah approved semua hidden comment dan dah senaraikan korang dalam senarai peserta. So no worries ya. Cuma tu lah, supposed to be korang kat list awal, tapi dapat pulak kat nombor-nombor belakang. Please accept my apology.

KALAU ADA YANG TAK TERSENARAI TOLONG BAGI TAHU YE!