Facebook  Twitter  Instagram

Fanatic Giler Avril Lavigne


Lagu ni umpama dadah yang tersembunyi menyebabkan kita ketagih. Nak lagi nak lagi dan nak lagi! Ia juga ibarat racun, racun yang boleh meracuni fikiran kita supaya jangan berhenti mendengar. Perghh ayat. Haha. Tapi memang betul ada orang fanatik sangat dengar lagu sampai tidur mesti dengar lagu, makan sambil dengar lagu, mandi pun dengar lagu. Entah-entah tengah melabur saham pun dengar lagu.


Ok berbalik kepada tajuk asal entri ni, ye aku memang fanatik giler kat Avril Lavigne ni. Mula mengikuti perkembangan beliau dan juga lagu-lagu serta album beliau sejak dari sekolah rendah lagi. Ha korang tengok betapa fanatik aku dengan Avril ni. Antara lagu beliau yang paling aku suka dengar adalah When You're Gone.



Di atas adalah video klip lagu tersebut. Korang boleh dengar. Lirik lagunya pula, memang touching habis. Tapi ni taste aku lah, tak tahu taste lagu korang macam mana. Apa pun, Avril Lavigne memang best! 

Korang pun boleh share lagu-lagu yang korang suka @ fanatic dengar. Nanti aku pun boleh jugak usha lagu yang korang sering dengar. Mih mih mih. Chow~