Facebook  Twitter  Instagram

October 10 Days Challenge - Day 4

Day 4 - 10 Favourites Artists

 Assalamualaikum korang. Amacam hari minggu korang? Aku punya macam biasa je. Pagi teman ayah pergi pasar beli barang dapur then balik macam biasa jadi tukang masak -_-

So korang mesti beriadah kan? Ke orang just duduk kat rumah berehat je? Mesti korang tengok melodi tak? Ehehe. Ha sapa-sapa yang suka isu semasa ni mesti kenal nama-nama artis kan?

So artis yang aku minat ni banyak. Tapi yang menjadi kegemaran tak banyak lah. Ok aku akan cuba senaraikan 10 artis kegemaran aku. Yang pertama, aku mula dengan artis local lah ek. Aku suka Shaheizy Sam. Lakonan dia memang mantap.

Then aku suka jugak Yana Samsudin. Suka setiap cerita yang dia lakonkan. Especially Adnan Sempit dan Bini-Biniku Gangster. Selain tu, artis yang menjadi kegemaran aku adalah Nelydia Senrose. Heeee comel pulak aku tengok. Mula kenal dia masa tengok rancangan tv Astro Ceria "Strawberry & Karipap". Pastu nampak pulak dia berlakon dalam drama "Bukan Kerana Aku Tak Cinta".

Yang ni sudah pasti korang kenal, Saiful Apek. Ha aku suka semua movie Senario. Tak kering gusi dibuatnya. Lagi-lagi movie Jutawan Fakir tu. Then aku pun suka artis yang bernama Mia Sara Nasuha. Ha sapa tak kenal kan. Partner dia, Rykal Iskandar. Memang lucu tengok ragam mereka berdua sebagai pelakon cilik.

Kalau artis luar negara pulak, aku suka Angelina Jolie. Cerita dia semua best-best. Tak pernah bosan tengok. Kemudian, Bruce Willis. Pelakon veteran yang sering menempa nama dalam dunia lakonan. My favourite of all time, Jean Claude Van Damme. Senang cerita, semua movie dia aku minat. Then yang terakhir adalah, Jason Statham. Lakonan yang mantap. Dan boleh dikatakan lucu jugaknlah.

So itulah dia artis-artis yang menjadi kegemaran aku. Korang pulak bagaimana? Mesti lagi banyak korang nak senaraikan kan? Heeeee

No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !