Facebook  Twitter  Instagram

Bla Bla Bla

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hmm sunyi je awal pagi macam ni kan? Ditambah pulak dengan cuaca yang sejuk dan diiringi dek nyanyian sang cengkerik membelah kesunyian malam.

Tadi, masa sedang membelek sesuatu di laman web Google, terjumpa satu blog ni yang menarik bagi aku. Nak tahu kenapa menarik? Sebab entri dia hanya satu, tapi komen panjang berjela. Aku pun terjah dan singgah ke blog beliau. Wow! Boleh tahan femes jugak beliau tu.

Siapakah beliau? Beliau bukanlah dari kalangan rakan blogger aku atau ada kaitan dengan network blogger yang aku kenal. Beliau adalah, seseorang! Ye, seseorang yang "biarlah rahsia".

Disini, aku nak berkongsi cerita serba sedikit yang aku baca dari blog beliau dan juga pendapat aku yang aku setuju dengan kata-kata beliau mengenai adab dan penghargaan. Aku percaya, rata-rata di kalangan kita termasuk diri aku sendiri, membuat blog ini umpama hanya sekadar blog, di mana kita singgah, tinggalkan komen dan berlalu pergi. Apa yang sepatutnya adalah, kita harus tunjukkan bahawa kita wujud! Ye, wujud di blog mereka yang kita sering berkunjung. Bukan hanya sekadar, singgah dan meninggalkan komen menyatakan kita pernah singgah. Faham? Tak faham, korang faham-fahamkanlah.

Aku bersetuju dengan kata-kata beliau kerana aku merasakan apa yang beliau rasa bila pembaca hanya sekadar menghabiskan masa sekurang-kurangnya 30 minit di blog kita dan berlalu pergi. Tapi tiada masa untuk menyatakan kewujudan mereka. Bukankah menyedihkan? Seolah-olah diri ini tidak dihargai.

Aku pun sedar yang aku juga seperti orang-orang yang beliau maksudkan dan juga seperti orang-orang yang aku maksudkan. Keliru dengan ayat aku? Abaikan! Kini aku sedar, aku berblogging bukan hanya berblogging meluahkan itu ini, berkongsi cerita suka duka, tetapi juga blog adalah tempat untuk aku membina ukhuwah

Hargai setiap orang. Siapa tahu, ia dapat menceriakan hidup mereka!

Yang benar,
Zaki

└(^o^)┘

No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !